Thursday, March 31, 2011

SAYS dot my boleh jana income lumayan



Hi semua blogger yang aku hormati...ok post kali ni aku nak kongsi ngan korang semua salah satu cara lagi untuk menambah sumber pendapatan kita disamping dari hasil yang kita boleh dapat dari blog kesayangan kita saja..apa benda ni?? korang mesti dah nampak picture kat atas tu kan??? says.my....

Betul la aku tak tipu korang tau..says.my ni memang lumayan tau..untuk setiap klik yang korang terima says.my akan bayar RM0.20 tau..banyak tu kan..kumpul la sampai RM100 dah boleh cashout...cuba korang klik kat sini dan tengok apa akan terjadi..

ok kalau korang berminat nak daftar sila la korang klik says.my pastu daftar dan mula la korang post kat twitter dan kat facebook korang...nanti kalo aku jumpa aku klik la ye

Wednesday, March 30, 2011

VIDEO KASTAM MUSNAHKAN ROKOK RAMPASAN

 
Harini aku kena bertugas kat sebelah rumah aku ja sebab semua urusan nak hancurkan rokok yang dirampas ni akan dijalankan kat sebelah rumah aku ja...dah siap semua persediaan dilakukan, mesin penghancur dah siap sedia dah..

habis je pengarah bagi press steatment apa lagi maka bermula la kerja - kerja memusnahkan rokok-rokok seludup yang belum lulus kastam ni..1 kontena jugak la rokok yang nak dimesin..sekali masuk dalam mesin tu bukan sebatang-sebatang tau...satu kotak besar terus masuk dalam tu....korang tgk la ye

Tuesday, March 29, 2011

ADVERTLETS memang terbaik

untuk post kali ni aku suka nak ajak korang para blogger yang baru seperti aku ni supa berfikir sejenak...korang guna syarikat pengiklan mana selama ni???dah dapat hasil ke dalam berblogging ni??dah berapa banyak dapat??

kalau korang nak dapat hasil yang lumayan jom la bertukar kepada ADVERTLETS yang sememangnya terbaik la bagi aku yang masih hijau lagi mengenai dunia blogging ni...hari-hari korang boleh tgk hasil dari blog korang tu..apa lagi jom la tukar.

www.advertlets.com

Monday, March 28, 2011

Dah tak guna Nuffnang dah

hahaha aku sekarang dah bertukar kepada Advertlets pulak sebagai pengganti kepada Nuffnang..ok korang mesti nak tau kan kenapa aku bertukar kepada Advertlets ni...kenapa aku x pilih yang lain seperti innity ke??kalau nak join innity susah la sebab blog aku ni memang  belum capai seperti mana yang disyaratkan oleh innity tu..belum boleh dapat lagi UV sampai 10K sebulan dan PV 100K sebulan..

Orait..meh aku terangkan serba sedikit tentang Advertlets ni..apa yang best sangat sampai aku bertukar??ok antara sebabnya ialah sepanjang aku berblog ni aku cuma dapat RM2.50 je dari nuffnang..pastu dah x penah dapat income dah..BE lagi jauh la nak dapat..x penah merasa pon..

Kalau dengan Advertlets ni plak baru 3 hari aku join dah ada income..lagi pon kita boleh tengok income kita masuk setiap hari..dia pulak ada macam-macam earning yang kita boleh dapat..antaranya ialah

- CLICKS
- CPM
- CPC
- CPA

income yang aku dapat dari Advertlets buat masa ni adalah dari CPM..yang lain-lain tu belum merasa lagi la...kalau korang x keberatan tolong la klik banner Advertlets yang ada kat blog aku ni ye..kalau korang nak daftar ngan Advertlets ni daftar kat www.advertlets.com ... tak ada sebarang syarat yang dikenakan untuk join Advertlets ni k..sapa-sapa pon boleh join..aku cadangkan untuk blogger yang baru tu elok la bertukar ke Advertlets ni k..

Sunday, March 27, 2011

malas nak buat entry

harini adalah hari malas sedunia yang aku alami..aku memang betul-betul malas nak undate blog harini.. tak tau la kenapa..malas yang sangat-sangat ni..tapi dalam malas-malas tu jengok la jugak blog ni..blog kawan-kawan pon aku tetap jengok ...

blogwalking tetap aku jalankan seperti biasa..korang jang risau la k..aku tetap p lawat blog kawan-kawan semua...ok la aku nak layan mentor 5 jap ni..sambil-sambil dok melayan anak aku ni kat rumah ni..

Saturday, March 26, 2011

HEARTBEAT mesti join LUMAYAN...

Oraittt...tengah-tengah malam ni aku nak ajak korang semua para blogger sekelian untuk join program yang dibuat oleh HEARTBEAT ni...bagi sesiapa yang dah join aku ucapkan tahniah la..tapi bagi yang belum join lagi tu cepat-cepat la klik sini untuk mendaftar program affiliate heartbeat yang sememangnya lumayan ni.

Mana tak lumayan...setiap satu klik yang kita dapat dari banner atau link heartbeat kita akan dibayar RM0.04..banyak tu tau..bukan senang nak dapat satu klik banyak tu..

ok ok cakap banyak tak nak la kan..korang jangan tunggu lama-lama lagi tau terus je daftar kat sini k..

Friday, March 25, 2011

Servis kereta

hahaha dah sampai masa time untuk aku hantar kereta alza ku ini ke pusat servis perodua untuk diservis buat kali yang pertamanya...lama jugak la dok tunggu giliran untuk servis tu...ramai la plak orang p servis keta kat sini...ok caj yang dikenakan pon boleh tahan la..RM164 jugak kopak duit aku haritu..3 jam jugak la aku dak mengcanguk kat ruang menunggu kat dalam opis perodua tu..

Thursday, March 24, 2011

PANDUAN MENYUSU BAYI

BAGAIMANA SUSU BADAN DIHASILKAN???
Buah dada ibu yang mengandung akan membentuk alveoli iaitu kelenjar yang menghasilkan susu. Alveoli berbentuk seperti daun-daun yang bergantung kepada struktur bercabang-cabang. Susu yang terhasil dalam alveoli akan melalui cabang-cabang ke sinus yang berada di sebalik puting.

Apabila bayi menghisap susu, tekanan akan dikenakan pada bahagian areola di mana sinus-sinus berada. Isyarat akan dihantar ke otak untuk merembeskan dua hormon:
  • Oksitosin – menyebabkan susu keluar (refleks “let down”)
  • Prolaktin – menstimulasi buah dada untuk menghasilkan lebih banyak susu
Jarang sekali timbulnya kes wanita tidak boleh menyusukan bayi. Wanita yang pernah mengalami pembedahan buah dada didapati boleh menyusu. Puting yang rata atau masuk ke dalam tidak akan menjadi masalah sekiranya diatasi dengan lebih awal.

KOLOSTRUM
Kolostrum ialah cecair berwarna kuning yang terhasil pada 10 hari terawal selepas kelahiran. Walaupun kuantitinya sedikit berbanding dengan penghasilan susu biasa, ia sangat kaya dengan protein dan antibodi yang mencukupi untuk keperluan awal bayi.

MENYUSU SEAWAL MUNGKIN
Menyusukan bayi anda sebaik sahaja bersalin memberikan beberapa faedah:
  • Masalah ‘bengkak susu’ atau buah dada membengkak di awal tempoh bersalin dapat dikurangkan atau dielakkan.
  • Pemberian kolostrum yang mempunyai kesan ‘laxative’ akan menyingkirkan bilirubin melalui najis bayi. Ini akan mengurangkan risiko penyakit kuning atau ‘jaundice’.
  • Reflek penghisapan oleh bayi yang kebiasaannya kuat selepas 20-30 minit kelahiran akan melatih bayi untuk menghisap susu dengan lebih baik.
  • Bayi akan membina sistem imunisasi di peringkat awal.
  • Membentuk hubungan yang erat antara ibu dan bayi.
MENYUSU SEKERAP YANG MUNGKIN
Penyusuan bayi anda tidak tertakluk kepada masa atau pun jadual. Cara yang paling baik untuk menyusu bayi anda ialah dengan mengikut KEPERLUAN. Apabila bayi anda menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu seperti menyuakan mulutnya ke dada anda atau menangis, anda tahu bahawa di situ ada KEPERLUAN untuk menyusu.
Saiz perut bayi yang baru lahir tidak melebihi sebiji telur ayam. Jadi, walaupun anda mempunyai bekalan susu yang banyak, jangan mengharapkan bayi untuk minum susu dalam kuantiti yang banyak dan kemudian tidur dalam jangka masa yang panjang. Berikan susu dada anda apabila bayi menangis atau menunjukkan respon hendak menghisap. Jangka masa yang sesuai ialah dalam julat 30 minit sehingga 2 jam sekali.
TIPS: Jangan tunggu sehingga bayi menangis untuk menyusukannya. Bayi yang menangis ialah bayi yang sedang “marah” dan dia mungkin terburu-buru untuk menyusu kerana terlalu lapar. Jika bayi anda dalam keadaan yang tenang, guna jari anda untuk menyentuh pipinya. Jika bayi anda membuka mulutnya untuk mendapatkan jari anda, sahlah dia lapar!
Kapasiti perut bayi baru lahir = 20 ml = 4 sudu kecil
Kapasiti perut bayi 12 bulan = 200 ml = 40 sudu kecil


Wednesday, March 23, 2011

KOMEN vs SHOUT BOX mana lebih baik!!!


haaaa..... agak agak korang semua la kan...mana lebih baik antara meninggalkan jejak korang kat bahagian KOMEN ke kat dalam SHOUT BOX???

ok...untuk pengetahuan korang semua aku ni pon sebenarnya bila buat blogwalking tu mesti cari Cbox..jarang jarang la aku tulis komen...Tapi sebenarnya kan meninggalkan jejak kita kat bahagian komen adalah lebih baik tau...sebab apa aku cakap camtu??

kalau tinggal jejak kat dalam Cbox tu belum tentu tuan blog yang kita lawat tu akan nampak jejak kita tu..tau kenapa???kerana Cbox tu biasanya hanya boleh simpan sikit je data kan..dalam jangkamasa tertentu maka akan terhapuslah jejak kita kan...

kalau tinggal jejak kat KOMEN pulak maka jejak kita tu akan berkekalan sampai la bila bila pon selagi blog tu wujud kan,,so mungkin satu hari ada orang lain yang akan klik kat jejak kita tu dan akan datang ke blog kita pulak..

Pada pendapat korang mana lebih baik??

KALAU PILIH CBOX TULIS KAT CBOX
KALAU PILIH KOMEN SILAKAN MENGOMEN YE..

Tuesday, March 22, 2011

TIPS UNTUK DAPATKAN GOOGLE ADSENSE


ok aku rasa ramai blogger merungut sebab kenapa susah sangat nak apply Google Adsense ni kan...so harini aku nak kongsi ngan korang semua bagaimana nak dapat kan google adsense ni dengan mudah dan aku jamin akan di approve oleh pihak google adsense...

cara cara dia adalah:
1-korang kena bukak satu blog baru..kalo nak google ni untuk blog korang yang ada nuffnang skrang ni memang tak akan lulus la permohonan korang sebab salah satu syarat nak daftar nagn google adsense ni ialah tak bolah ada sebarang iklan yang ada insentif intuk di klik..so kena buang iklan nuffnang dulu..dah lulus nanti baru letak balik k..

2-pergi kat bahagian dashboard korang.

3-klik kat bahagian MONETIZE.

4-korang ikut la langkah berikutnya kat bahagian MONETIZE tu k..

5-pastikan korang guna email yang belum pernah korang guna untuk apply google adsense.

selamat mencuba ye..

Monday, March 21, 2011

MESYUARAT PRA - MBJ

harini aku sibuk sangat..tak sempat nk update blog..nak mengadap laptop pon tak sempat apa lagi nak update blog..ni pon aku curi masa time kuar ngan anak bini aku kat jaya jusco. Terlibat dengan mesyuarat pra-MBJ ni memang penat sket la..macam macam aku nk sediakan sebelum mesyuarat ni..so nanti ada masa aku jengok blog ni blk k..

Sunday, March 20, 2011

HUJAN SEPANJANG HARI

Harini sejak dari pagi tadi hujan turun tak henti-henti lagi..cuaca memang sejuk la kan..apa lagi aku ngan anak aku sedap la tdo kat rumah..tu yang lambat update blog ni...agak-agak la sampai pukul brapa hujan ni kan berhenti ha???

Tempat yang aku maksudkan adalah melaka..aku rasa seluruh negeri melaka hujan sekarang ni...time aku update post ni pon hujan masih turun lagi..kalo sampai malam hujan camni nampak gayanya boleh banjir melaka ni..selalunya kawasan batu berendam akan naik air dulu la kalo hujan lebat sebab kawasan batu berendam rendah..k la aku nak p buat keja dulu k

Saturday, March 19, 2011

PEMENANG MUDAH MENANG MINGGU 5

ni senarai nama pemenang peraduan mudah menang minggu ke 5...ni adalah pemenang terakhir sebelum kita semua tunggu untuk cabutan nama untuk hadiah utama iaitu kereta, motor dan percutian..ok lah tak nak cakap byk la...

NAMA PEMENANG:

1-MOHD HAFIZI MUHD AKHIR ( KUALA LUMPUR )
2-AZIZAR BUKHARI ( MELAKA )
3-WEENIE AB KADIR ( SELANGOR )
4-NUR AMALINA MD DAUT ( KUALA LUMPUR )

UCAPAN PRESIDENT CUEPACS

 
Video ni aku rakam semasa menghadiri bengkel alternatif PTK..ini kerana PTK yang ada kini sudah di mansuhkan dan akan digantikan dengan satu sistem yang baru..sistem yang baru ni akan diperkenalkan pada bulan julai ini dan perlaksanaannya akan bermula pada tahun hadapan...

untuk semua penjawat awam anda mungkin akan tersenyum kerana mungkin pada tahun ini akan berlaku beberapa perubahan dan  pengumuman yang mengejutkan pada tahun ini..so sama sama lah kita tunggu k..layan video ni dulu.

Friday, March 18, 2011

daftar boleh dapat ipad percuma

Aku nak ipad ni...ok ok ok...kalo korang nak ipad ni korang hanya perlu daftar kat sini...ni adalah iklan dari says.my ye..peluang untuk menang memang ada..macam mana diarang pilih tu aku tak tau..

Apa apa hal pon korang p la daftar dulu ye..banyak lagi peluang jana income ni...

BENGKEL PTK ALTERNATIF

Dato'Omar osman sedang tunggu untuk menberikan ucapan
para peserta bengkel yang kusyuk mendengar amanat presiden cuepacs
memberikan kenyataan akhbar
ni gambar aku bersama presiden cuepacs

Thursday, March 17, 2011

JANA PENDAPATAN LUMAYAN BERSAMA CHRUPCHRUP

Korang semua dah daftar ke dengan chrupchrup ni??? kalo belum daftar lagi elok la daftar sekarang jugak kat sini..kenapa aku suruh daftar??sbab boleh buat duit la ngan chrupchrup ni...lumayan tau apa yang korang akan dapat kalo join chrupchrup ni...

Brapa ringgit boleh dapat??? itu korang jangan tanya k..yang penting korang daftar dulu kat sini pastu korang mesti tau brapa ringgit yang korang bakal dapat daripada chrupchrup ni...daftar percuma je k...

Wednesday, March 16, 2011

STYLE RAMBUT BARU

Semalam bawak anak aku p gunting rambut...dah panjang rupanya rambut dia..sampai je kat kedai dia dah tau rambut dia nak kena potong..diam pulak dia dok atas kerusi tu..
pompuan yang kat belakang tu pon terkejut tengok anak aku diam je time gunting rambut ni...Dia kata ini adalah satu-satunya budak kecik yang tak meronta-ronta time gunting..

Tuesday, March 15, 2011

HTC ANDROID FREE !!! SAPA NAK CEPAT

Tepon free sapa yang tak nak angkat tangan???? ok ni bukan lawak atau gurauan k..ini ada sesuatu yang benar sedang berlaku..kalo korang nak tau dengan lebih lanjut lagi macam mana nak dapatkan HTC ANDROID ni secara percuma korang kena la daftar dulu kat sini....kalo ada rezeki korang mungkin korang yang dapat HTC ANDROID ni percuma..

Kalo ada apa apa yang x paham comment kat bawah ni k..nanti aku jawab..ada 5 hari lg sebelum DEAL MATES buat cabutan untuk tentukan sapa yang dapat HTC ANDROID ni..

Monday, March 14, 2011

DINAR IRAQ !!! BOLEH KE??

hermmm.. aku ada tengok dan baca dalam satu blog tu tentang matawang Dinar Iraq ni..sejauh mana kebenaran dia ye?? adakah seperti yang digembar-gemburkan selama ini..kalo betul harga dia macam ni memang ramai la orang Malaysia kita ni yang akan menjadi kaya-raya malahan jadi jutawan la kot..

Korang tau x apa yang aku bebelkan ni???ok ok ok meh aku explain kat korang setakat yang aku faham la k..macam ni,, setelah iraq kena serang dan sekarang ni mata wang negara iraq jatuh dengan teruknya..camana tuh?? kalo nak bandingkan nilai duit Dinar Iraq ni dengan duit kita Ringgit Malaysia ni dah jadi macam ni..

25,000.00 Dinar Iraq = RM150.00

So camana nak jadi kaya ngan Dinar ni?? camni k..matawang Dinar Iraq ni akan diapungkan semula mungkin dengan nilai 1 Dinar Iraq = usd 1...kalo dapat nilai ni cuba korang bayangkan kita beli 25,000.00 Dinar Iraq dengan nilai RM150.00 dah berapa kalo tukar duit Dinar tu kepada USD pastu tukat ke RM...kaya oooo..

k lah kalo korang ada minat nak beli duit ni bg tau aku..aku ada member yang jual..



Sunday, March 13, 2011

DAHSHAT!!! VIDEO TSUNAMI JEPUN

Subbahanallah.... mengucap panjang bila aku tengok video tsunami yang melanda negara jepun ni...mintak dijauhkan la musibah yang melanda jepun ni daripada melanda negara kita.. mungkin apa yang berlaku kepada jepun ni ada hikmah disebaliknya. kalo difikirkan balik kan tentang negara jepun ni memang dah terlalu maju dari segi teknologi ke senjata ke apa ke kan.. tapi mungkin jepun jugak telah kembali kepada zaman jahiliah..kenapa aku cakap camtu??? korang pon boleh pikir sendiri kan... terlalu canggih teknologi jepun ni sampai x kahwin pon xpe..apa saja yang depa nak depa boleh buat sendiri kan..tak tau la aku nak cakap lebih lebih pon x berani jugak..sama sama lah kita berdoa supaya umat islam yang ada di jepun selamat..amin

Saturday, March 12, 2011

DAPATKAN I PHONE 4 DARIPADA DIGI

sapa nak i phone 4 ni??? memang menarikkan...so jangan tunggu lagi tau klik sini tuk tengok camana nak dapatkan iphone 4 ni daripada digi dan chrupchrup..

BEN ASHAARI : BLOGGER LELAKI vs PEREMPUAN

Entry ni aku buat sempena dengan segmen yang dibuat oleh Abg Ben dalam blog beliau...seperti tang kita semua sedia maklum Abg Ben memang selalu buat segmen untuk para pembaca blog belia..

ok untuk segmen ni bukan dibuat untuk mencetuskan pergaduhan antara blogger lelaki dan perempuan, cuma diharapkan dapatlah kita menberikan pendapat yang ikhlas yang datang daripada hati nurani kita sendiri..ini pon untuk motivasi kita para blogger jugak kan..

so inilah soalan yang harus dijawab oleh bloger lelaki k..Aku ni blogger lelaki k..

1 - Dalam memberi pendapat dalam entri , apakah blogger perempuan benar benar ikhlas ?

Jawapan - kadang kadang aku rasa ada jugak yang bagi bagi pendapat secara ikhlas..tapi kebanyakannya berpura pura ja kot..pandangan aku je k jangan marah

2 - Apakah anda suka melihat blog blog perempuan yang penuh dengan gambar ?
Jawapan - Aku x kisah pon kalo satu satu blog tu penuh ngan gambar..tapi kadang-kadang gambar je yang penuh sampai entry dia pon pakai gambar je..nak baca n nak komen pon x tau apa..
  
3 - Pada pendapat anda , kenapa perempuan berblog ? Secara umum ...
Jawapan -  mungkin depa berblog sebab nak mempopularkan diri kot...cari jodah heehhe

4 - Blogger perempuan mempertaruhkan wajahnya untuk mendapatkan ramai follower.. Benarkah ?
Jawapan - untuk soalan ni aku x setuju 200% kalo orang cakap blogger perempuan ni mempertaruhkan wajahnya untuk mendapatkan ramai follower..sebab kalo penulisan dia bagus xpayah nak wajah yang cantik pon mesti org follow blog tu kan..

5 - Blog perempuan yang anda rasa patut POPULAR !
Jawapan - untuk soalan ni memang susah sikit aku nak jawab...so biarlah rahsia... (lagu dato'siti)
 
 6 - Jika anda blogger perempuan , apakah yang akan anda elakkan dari bercerita dalam blog .
Jawapan - yang ni syok nak jawab..kalo aku jadi blogger perempuan aku akan elek dari bercerita hal hal yang terlalu menyentuh peribadi aku sendiri yang boleh mengganggu privacy aku..

 Thanks Abg Ben tuk segmen ni

NAMA PEMENANG PERADUAN MUDAH MENANG MINGGU 4

Orait orait orait...sedih aku tengok keputusan nama pemenang peraduan mudah menang harian metro minggu ke 4 ni..mana taknya..aku tiap tiap minggu hantar tapi x penah terpilih sebagai pemenang lg..

Walau apa pon aku ucapkan tahniah kepada para pemenang yang bertuah ni..bukan senang nak dapat ipad percuma ni kan..ok untuk peraduan minggu 4 ni para pemenang dipilih berdasarkan slogan yang menarik..

ni dia nama pemenang yang bertuah :

1 -  MOHD ARMAN MOHD ARSHAD ( PULAU PINANG )
2 - SABITAH ABU BAKAR ( PAHANG )
3 - IZUANA MAHMAD SANI ( SELANGOR )
4 - SYARIFAH RADZIAH SYED KHAIRUDDIN ( NEGERI SEMBILAN )

untuk yang tak berjaya tu silalah cuba lagi pada tahun hadapan pulak ye...

Friday, March 11, 2011

APA NAK JADI NI HAAA????

Tengok la kat gambar tu...haiiii.. tak tau la apa nak jadi pada rakyat malaysia kita ni kan.. macam dah tak ada benda lain yang depa nak cari kat internet ni kan..terkejut jugak aku tengok apa yang di cari ni kat dalam akaun nuffnang aku tu,,

 tup tup gambar bogel salmah mentor 5 yang dicarinya..haiii aku bukan ada buat entry pasal gambar bogel ni pon..tapi tak tau la camana boleh cari tajuk tu kena kat blog aku ni plak....

Thursday, March 10, 2011

Tak ada kerja layan la anak

Malam ni aku tak ada apa apa kerja untuk di buat kat rumah ni...so apa lagi aku pon layan anak aku la kat rumah...mama dia dok kat tempat kerja...sambil dok melayan kerenah anak kesayangan aku ni sambil la dok update blog aku ni..

kang kalo tak update nanti mati plak blog ni kan..tak ada la orang nak datang jengok blog ni nanti kan..aku jugak yang kerugian nanti kan kan kan..

walau macam mana sekali sibok pon aku tetap akan cuba tuk meng update kan blog ni..kalo x ada entry yang menarik aku akan kongsi sisah kehidupan harian aku nagn para pembaca aku..huhu..k la nanti citer lagi k..nak p layan anak aku jap..






SAKIT OTAK

Apa yang aku nak cakap ni ialah luahan hati aku je la..hermmm macam macam dugaan yang datang sejak akhir akhir ni..aku pon tak tau la apayang akan berlaku seterusnya kat aku ni..

Kereta wira aku dah jual dah sebab tu aku beli keta alza pulak skrang ni. tapi datang pulak masalah bab keta wira ni..aku jual kat si A ni..si A pulak pi jual kan si B. dah la jual tanpa kebenaran aku pastu jual lagi mahal dari harga yang aku jual kat dia lak tu..

Dah la jual kereta tu wat sambung bayar je pon..tapi xpe sebab aku ngan uruskan tuk dapatkan semula kereta wira aku tu..memang malang la nasib aku kan..takpa mungkin ini jian daripada Allah kepada aku kan..mana tau ada hikmah lain kan..


Tuesday, March 8, 2011

JOM JOIN THE FACEBLOG

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

Monday, March 7, 2011

TRAFFIC BLOG REDMUMMY DOT COM

Yesss semalam aku telah berjaya wat screenshot redmummy punya start counter...korang jangan terkejut pulak tengok dia punya pengunjung yang sememangnya ramai..betul ramai,kalo korang x percaya korang p la lawat blog kak red ni...

Aku tiap tiap hari mesti wajib la masuk blog dia dan pastnya aku akan mengomen kat sana tuk tinggalkan kejak aku kat situ..kalo nak dibandingkan jumlah pengunjung blog redmummy ngan blog mamapapa84 ni memang jauh berbeza la kan..bagai langit ngan bumi..

Sebelum aku wat screenshot ni aku dah mintak kebenaran dari kak red tau..so jangan salah anggap lak ye...aku just nak kongsi ngan korang je..mungkin ini akan menyuntik semangat kita untuk berusaha lebih gigih lagi untuk berjaya dalam berbloging,...

Semoga pengunjung blog mamapapa84 ni pon akan jadi macam blog redmummy jugak nanti...AMIN

Sunday, March 6, 2011

Random Giveaway by Nisa Menaip

sambl tgk mentor td aku jumpak la blog cik nisa ni..dia nak bagi give away free..yes free...jom la join..korang jang x join tau..aku memang nak menang GA ni.. thanks cik nisa..korang klik kat gambar tu tau tuk ke blog cik nisa...

psstt..psstt...eyka domo buat bloglist la!!:)

orait orait....
pagi aku berblogwalking macam biasa pastu aku pon terserempak la ngan entri ni kat blog eyka domo
dia kata dia nak buat blog list tuk rakan rakan blogger semua...so aku pon dengan pantas dan tangkas terus nak join la kan..mesti la sebab aku nak increase kan traffic blog aku yang ciput ni..

Apa syarat syarat untuk melayakan kita join blog list eyka domo ni??
alah senang je pon...ni ha syaratnya..


1.buat satu entri pasal tajuk: "psstt..psstt...eyka domo buat bloglist la!!:)"
2. paste la..benda alah ni dekat entri korunk buat itu.. dan link kan dengan entri eyka yang ini..:)
ni link gambar domo ni https://lh4.googleusercontent.com/-c1pz9BHJbpQ/TWuZR7ZxF_I/AAAAAAAAAO8/tvvTtgqeet8/s1600/1eyka.png

3.cecite la kenapa tertarik nak join bloglist eyka ini..
jawapan- sebab eyka domo ada domo aku x ada.. 

4. komen la tentang blog eyka..*buat ayat paling ringkas tau! :)*
jawapan - aku pon x tau nak kutuk blog orang ni..so biarlah rahsia 

5. last cam biasa la..tempel la URL entri awak dekat entri eyka yang ini! hee:)

tarikh tamat bloglist ni 4.4.2011..so join la k..aku copy je entry kat blog eyka domo tu..senang sket..cik eyka domo jangan suruh domo gigit aku lak ye.. 

Saturday, March 5, 2011

SENARAI PROTEGE MENTOR 5

jom tengok gambar protege untuk mentor 5 bersama mentor kesayangan mereka...
ni protege Edry Abd Halim....
nama dia Nursyafiqah Nasratullah Bt Mohd Nor (Iqa)

yang ni plak protege Datuk Sharifah Aini...
nama dia Nurshiha Bt Mohd Zikir (Shiha) 

yang ni plak pretege Erra Fazira... 
nama dia Salmah Bt A.Asis (Salma)
yang ni plak pretege Rahim Maarof... 
nama dia Aiman Hakin Bin Ridza Abdoh (Aiman)
yang ni plak pretege Afdlin Shauki... 
nama dia Ratnah Bt Awal (Ratnah)
yang ni plak pretege Noh Hujan... 
nama dia Muhammad Faris Bin Mohamed Razali (Ayish)
sejauh mana kebolehan dan kemantapan persembahan mereka sama sama lah kita tunggu dan saksikan pada konset pengenalan mentor 5 ni k..nak komen lebih lebih pon tak tau lagi camana kan..

PEMENANG MUDAH MENANG MINGGU 3

Pagi pagi lagi aku dah beli paper harian metro untuk mengetahui nama para pemenang peraduan mudah menang harian metro ni..mana la tau kot kot nama aku ada kat dalam tu kan..ahakss..nampaknya masih belum bernasib baik la kot...tapi takpa aku tetap akan updatekan nama para pemenang yang bertuah dapat ipad..

ok ni adalah nama para pemenang yang bertuah untuk minggu ke 3 ni..70% telah menjawab dengan tepat..so pemilihan mestilah bergantung kepada slogan yang menarik kan..seramai 20000 orang telah menyertai paraduan mudah menang ni...

1- ROHAPIDAH HARUN ( KUALA LUMPUR )
2- AZLINA AB AZIZ ( KELANTAN )
3- NORLAILA HANUAR ( NEGERI SEMBILAN )
4- MOHD AMINI AHAMAD SAYUTI ( PERAK )

jawapan untuk siri 3 ni tidak dinyatakan oleh pihak harian metro,jadi aku tak boleh la nak panai pandai bagi jawapan aku k..

Friday, March 4, 2011

BEG BARU ANAK AKU...COMEL TAK

Semalam aku ngan isteri aku bawak anak p shopping kat cawboy kat melaka ni....dok jalan jalan dalam koboi tu ternampak la beg kaler hijau ni...isteri aku ni pon apa lagi terus amik beg tu bagi anak aku galas...tengok la tu dia galas beg tu..
hahah...amacam comel tak beg tu???ni yang kaler hijau..korang tengok la yang ni palk..suke je aku tgk anak aku ni memperagakan beg ni..suke betul dia..
Yang kat atas ni plak apa nama tah binatang ni..comel jugak aku tgk binatang ni..besar kepala dia kan..
Agak agak korang la kan..yang mana satu aku belikan untuk anak aku???cuba teka

Thursday, March 3, 2011

SEGMEN:DISEBALIK TABIR BLOG mama & papa

Orait semua...ni aku buat entry khas tuk join segmen abg BEN ASHAARI
orai oleh kerana dah join segmen ni maka aku aku pon masukan la gambar aku yang aku rasa paling menawan sekali ni..huhuh...gambar ni time aku akad nikah..
Ni serba sikit latar belakang aku ni k...nama penuh mohammad haidzir bin zainul ashekin,umur aku 27 tahun,aku ni bekas palajar POLIMAS jitra kedah.duli amik jurusan mekanikal setakat diploma je..sekarang ni aku bekerja dengan kastam diraja malaysia melaka cawangan marin.aku dah berkahwin dengan orang melaka dah dah ada sorang anak..isteri aku bernama nor suraya..anak aku bernama mohammad danish fikri..setakat sekarang ni follower aku aku baru je ada 88 orang..kalao dah bertambah x tau la..harap harap dapat tambah lagi la kan.. Ni soalan yang wajib dijawap dan ditanya oleh ABG BEN

1-Jika anda tak punya blog , apakah yang akan anda lakukan di dunia maya ini ?
jawapan-kalau aku tak ada blog mungkin aku dok merapu je kot..tak leh la nak join segmen ABG BEN ni kan

2-Ceritakan kepentingan blog kepada anda
jawapan- blog adalah salah satu tempat untuk menimba ilmu yang baru dan semestinya boleh dapat extra income...

3-Blog feveret yang wajib singgah hari hari .. Kenapa dan mengapa ? jawapan-salah satu blog yang akan disinggah hari hari adalah blog ABG BEN dan blog redmummy..sebab dia kerana byk ilmu yang boleh dikorek untuk berblog..

ok setakat ni saja entry ni ye..

Tuesday, March 1, 2011

FREE APPLE IPAD 2 DARI denai hati dot com

Sapa nak Apple Ipad 2 free???denai hati.com nak bagi free ni..aku pon nak..kalau korang nak korang kena sertai contest yang denai hati.com buat...

Mudah je nak sertai contest ni..hadiah dia pon lumayan gak...nak tau apa lg hadiah yang denai hati.com nak bg??? ni dia hadiah dia

Hadiah Utama : 1 x Apple iPad 2. Hadiah Hebat : 4 x Cermin Mata Ray Ban. Hadiah Saguhati : 3 x RM100 so tunggu apa lg jom p denai hati.com ramai ramai dan join contest dia...

BOT LAJU KASTAM MELAKA HADIAH DARI KERAJAAN JEPUN

Seperti yang aku janjikan tempoh hari jeng jeng jeng...ni la dia bot laju kastam melaka yang baru..cantik tak?? bagi aku memang cantik la..bot ni telah dihadiahkan oleh kerajaan jepun kepada kastam diraja malaysia..meh aku cerita serba sikit tentang bot ni k..

panjang bot ni adalah 12 meter, lebar dia 3 meter, tempat duduk dia pulak ada 4 je...kalo naik lebih tu kena berdiri la kan..memang kena berdiri pon time dok kat laut..ni bukan naik feri pelancong..ok kelajuan maksimum yang boleh dicapai oleh bot ni adalah 60knot..laju tuuuu...

enjin dia dari model yamaha 350hp...sebuah enjin 350hp kali ngan 3 buah dah berapa ekor kuda dia pakai??? enjin memang senyap je time running..memang cun la bot ni..kalo korang nak tgk datang la kat jeti kastam melaka...
Custom Search

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Jom Tukar Link

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!