Thursday, February 3, 2011

Tingkatkan Traffic Blog Anda..Jom Cuba

salam semua...mesti dah x sabar nak tau macam mana nak bg up sesak traffic kat blog kita kan...ok entry ni aku nak kongsi satu teknik yang aku jumpa kat dalam salah sorang blogger cam kita gak..boleh percaya ke x tu aku xtau nak cakap la kan...tapi yang penting kita boleh cuba la..Tp sebelum tu aku nak bg tau dulu teknik Blog Walking yang kita amalkan tuk tingkatkan traffic blog kita memang mujarab..itu mesti diteruskan.. ok ni aku bg cara-cara nak buat siap screenshot lg..ikut langkah-langkah kat bawah ni.. 1 - sila klik sini 2 - bila dah ke web tu, scroll kebawah hingga jumpa kotak seperti gambar dbawah ini 3 - pastu korang klik link yang kat dalam kotak tu (tulisan merah)satu persatu sampai habis keenam-enam link..tapi klik satu persatu tunggu sampai keluar laman baru untuk dapatkan kod..macamkat bawah ni.. 4 - Korang copy kod yang ada kat situ dan paste kat kotak yang ada kat bawah macam gambar ni..copy n paste kesemua 6 kod.. 5 -Dah selesai copy n paste semua 6 kod tu korang isi pulak detail korang kat ruangan seperti di bawah ni.. 6 - Dah siap isi detail korang tekan 'submit' pastu korang tgu dia hantar email confirmation kat korang...dah setel.. selamat mencuba...

Happy CNY to all

Selamat tengahari semua pembaca setia blog ni...tengahari ni aku nak citer sket ngan korang semua pasal Tahun Baru Cina a.k.a CNY hahaha...okey...apa yang korang semua perasan bila munculnya CNY ni??? haaa mesti dah dok terbayang angpau kannn....itu semestinya la ada...bagi kaum cina yang dah berkahwin mesti kena bagi angpau kepada yang belum kahwin..untung la sapa yang belum kawen tu kan...(ada rugi gak x kawen)..apa yang best selain dapat angpau adalah dapat makan buah limau manderin freeeee..memang x terkira la berapa banyak yang kita dapat buah limau ni...kadang-kadang sampai sakit perut makan buah limau ni kan...buah limau manderin ni adalah benda yang wajib ada bila time CNY... Tiap-tiap tahun aku mesti dapat berkotak-kotak buah limau manderin ni...siap boleh bg kat jiran-jiran lg sebab banyak sangat..kalau makan byk sangat boleh menyebabkan batuk plak...so kepada semua blogger yang berbabgsa cina dan seluruh rakyat Malaysia, selamat menyambut tahun baru cina...Gong Xi Fa Chai

Wednesday, February 2, 2011

Shopping free RM200 dari Petronas

Selamat pagi semua... pg ni aku nak kongsikan kegembiraan aku dengan semua pembaca setia...semalam balik dari kerja naik motor, dah sampai rumah aku pon siap la nak p hantar wife aku p kerja pulak. so aku start enjin keta.Tgk meter minyak dah menyala lampu oren dah.. Aku pon p la stesen petronas yang dekat dengan rumah aku tu.KataAyer Keroh Melaka je pon..Mula Tu aku x perasan ada event kat stesen petronas tu..Tgk len macam cje bila sampai..macam pesta pon ada gak..hahhaBila sampai je terus orang - orang kat witu sambut kedatangan aku,wife n anak aku...kenapa ni bang???aku tanya...dia kata 'tahniah anda telah memenangi RM200 shopping sprint kat kedai mesra petronas... Mak oiii..terkejut aku..teruja pon ada..maklumlah dapat shopping free...sebab aku menang adah kerana kat cermin belakang keta aku tu ada pelekat Get Spot @ Petronas...Bertuahnya aku ...macam-macam aku amik kat kedai mesra tu.. So korang jangan berlenggah lg tau..tampal la pelekat Get Spot @ Petronas tu hari ni gak..dia akan buat setiap 2 minggu sekali...

Tuesday, February 1, 2011

Sarapan Pagi Rakyat Malaysia

Roti Canai
selamat pg semua...ok pg ni saya nak cerita sket dgn korang semua tengtang bab sarapan pagi ni..pening jugak kalau dipikirkan kan bab makan ni...tapi memang syok kalau dapat makan yang sedap-sedap dan mahal kan...lagi pulak dapat makan free....wooouu ana memang suka hahah..
Nasi Lemak
semua orang memang suka makan betul x??? memang betul pon x de salah la...tapi makanan yang macam mana??? makan byk pon boleh mati ooo..ok,ok saya nak tanya para pembaca semua suka makan apa sebagai sarapan??mesti macam-macam jawapan yang akan muncul dari mulut korang kan...roti canai? nasik lemak?soto ayam?longtong?mee goreng? macam-macam la jawapan korang kan...memang x tertulis la kalo nak sebut satu-satu... kalo saya pulak sarapan pg ni hanya sekadar alas perut je sebelum makan tengahari..kalo saya makan byk sangat time pagi ni nanti malas nak buat kerja...ngantuk pon mula la datang dok kacau..perut kenyang la kan...so bagi saya sarapan pg ni memang perlu sebab kita perlukan tenaga tuk buat kerja.. tapi jangan pulak makan berlebihan tau nanti penyakit yang datang mengjenguk kita.. oleh itu kita makan je tuk alas perut,x perlu makan berat sangat...apa-apa hal pon sarapan pagi rakyat malaysia lah yang paling best kat dunia...macam-macam ada

Monday, January 31, 2011

Peraduan Mudah Menang Akhbar Harian Metro kembali lagi

Peraduan Mudah Menang Akhbar Harian Metro kembali lagi...kali ini dengan pelbagai hadiah yang lebih menarik.Memang rugi kalo sesiapa yang melepaskan peluang untuk menyertai peraduan yang jarang-jarang diadakan oleh Harian Metro ni... Untuk makluman semua pembaca, peraduan ini akan bermula pada hari ini 31/1/2011...so dapatkan akhbar Harian Metro anda hari ini jugak untuk menyertai peraduan ini.. Antara hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut:- 2 X PEUGEOT 207 10 X MOTOSIKAL HONDA WAVE 20 X I-PAD 8 X PAKEJ PELANCONGAN KE - PARIS - CHRISTCHURCH - TOKYO - SEOUL - NEW DELHI - BEIJING - GOLD COAST - PERTH Apa yang anda tunggu lagi??? dapatkan akhbar Metro anda hari ini untuk menyertai peraduan ini....
Custom Search

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Jom Tukar Link

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!