salam semua pembaca setia blog mamapapa84...harini haidzir84 nk kongsi kegembiraan haidzir84 dengan korang peembaca semua..haidzir84 dah dapat kereta perodua alza yang menjadi idaman kalbu..alangkah gembiranya hati ini bila kereta ni sampai semalam...jom tengok kereta baru haidzir84 ni...
Amacam ok tak kereta baru haidzir84?? cantik n bergaya kan..hehe puji sendiri la pulak..ok untuk pengetahuan korang semua kereta ni full spec manual..krang boleh tengok dia punya hand brek dok kat tengah tu macam kereta biasa..kalau auto baru pakai foot brek..
Haidzir84 cuma bayar downpayment RM2000 je tau..montly rm7++...urusan amat cepat..haidzir84 amat berpuas hati dengan jurujual ni..3 hari je dah kuar kereta ni tau..kalau korang berminat nak beli alza macam haidzir84 ni pon haidzir84 boleh kenalkan dengan jurual dia..tapi area melaka,johor dan negeri 9 jela...
Sunday, February 13, 2011
Saturday, February 12, 2011
Aksi anakku di rumah
meh tengok aksi anak aku bila duduk kat rumah...
cermin mata yang dia pakau tu aku yang punya..tapi bila dapat kat dia habis dia kerjakan sampai hilang lens sebelah.dah x dapat cari..so aku bagi la kat dia..hehee
cermin mata yang dia pakau tu aku yang punya..tapi bila dapat kat dia habis dia kerjakan sampai hilang lens sebelah.dah x dapat cari..so aku bagi la kat dia..hehee
Friday, February 11, 2011
Fakta Mengenai Nescafe...best ni
Ini adalah satu fakta yang menarik untuk dikongsi ngan korang.mungkin anak korang gemar menikmati secawan kopi setiap pagi sebelum ke sekolah atau korang yang membancuhkannya setiap malam sebagai teman mengulangkaji pelajaran.Kesan pengambilan kafein pada setiap individu berbeza, tetapi secara umumnya kanak-kanak dan dewasa memiliki kesan yang hampir sama. Walaupun tidak ada garis panduan pengambilan kafein untuk kanak-kanak di Malaysia, di Kanada, kanak-kanak tidak dibenarkan mengambil lebih daripada 45 miligram (mg) kafein sehari.Jumlah itu bersamaan dengan kuantiti kafein yang dijumpai dalam 355 mililiter (ml) minuman soda atau empat coklat bar dengan berat 43 gram. Kafein boleh ditemui dengan jumlah yang banyak dalam kopi (54 peratus kafein dalam kopi), tetapi ia juga boleh dijumpai dalam teh, coklat, minuman koko, sesetengah minuman ringan, yang kandungan kafeinnya tidaklah sebanyak dalam kopi.Perlu dijelaskan, kafein memiliki risiko kesihatan terhadap sesetengah pengguna. Anak kecil misalnya lebih sensitif kepada kafein kerana mereka tidak terdedah kepada bahan itu berbanding orang dewasa. Bagi kebanyakan doktor perubatan pula, mereka menyarankan wanita hamil dan ibu yang menyusukan bayi patut mengurangkan pengambilan kafein. Walaupun dalam jumlah sedikit atau sederhana belum dapat dibuktikan boleh mengganggu bayi, tetapi yang selalu ditegaskan dalam kebanyakan kajian, kafein boleh memburukkan masalah jantung atau saraf.Prof Suhaila Mohamad dari Fakulti Sains dan Sains Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata kafein bersifat diuretic (tindakan yang menyebabkan banyak air dikumuhkan)."Bagi orang dewasa pula lazimnya sifat yang diuretic menyebabkan individu yang mengambil kafein akan kerap membuang air kecil," katanya. Prof Suhaila berkata, bagi kanak-kanak, ‘perkenalan’ dengan kopi sepatutnya dimulakan hanya pada usia mencecah lapan tahun. Bagaimanapun, katanya bagi teh dan koko, pengambilan daripada awal tidak menjadi soal kerana kita juga perlu seimbangkan pengambilan makanan. Apatah lagi, teh dan koko mengandungi ejen anti oksidan yang baik untuk kesihatan."Ibu yang menyusukan bayi boleh mengambil minuman berkafein kerana kemungkinan kafein boleh membantu melancarkan lagi aliran susu kepada bayi. Kesan kafein pada bayi yang menyusu badan tidak menggugat kesihatan," katanya.Difahamkan meminum kopi lebih daripada tiga cawan boleh meningkatkan risiko barah, tetapi setakat ini tiada kajian saintifik yang menyokong kenyataan itu. Kajian hanya dijalankan kepada mereka yang gemar minum kopi dan sebaliknya, yang mana didapati orang minum kopi memiliki ingatan lebih baik.Bagaimanapun, Prof Suhaila berkata, dalam apa juga pengambilan makanan sekali pun, sifat bersederhana adalah lebih baik kerana setiap perkara itu ada keburukan dan kebaikannya.Kesan pengambilan kafeinPakar Pemakanan Pusat Perubatan Pantai, Kanimolli Arasu, berkata kesan pengambilan kafein bergantung kepada kekerapan dan jumlah pengambilan bahan itu."Lebih tinggi kesan kepada kanak-kanak kerana saiz tubuh mereka yang kecil. Kafein cepat diserap dan mudah didistribusi kepada seluruh badan dalam masa yang singkat pada kanak-kanak berbanding orang dewasa," katanya.Beliau berkata, secara umum, kanak-kanak yang mengambil terlalu banyak kafein seperti minuman berkarbonat akan kurang minum susu. Ini menyebabkan pengambilan nutrien seperti kalsium berkurangan."Selain itu, pengambilan minuman berkarbonat yang banyak menyebabkan obesiti dan kerosakan gigi kerana minuman itu bukan saja mengandungi kafein malah mempunyai kandungan gula yang tinggi," katanya. Justeru, sifatnya yang diuretic, minuman berkafein memang tidak sesuai untuk kanak-kanak.Beliau berkata, cara terbaik untuk mengurangkan kafein dalam diet kanak-kanak ialah dengan menggantikan minuman berkafein dengan air, susu, jus buah-buahan segar. Kesan pengambilan kafein yang sedikit Mengganggu corak tidur.Meningkatkan degupan jantung.Meninggikan tekanan darah.Kerap membuang air kecil.Tangan terketar-ketar perlahan.Kurang selera makan.Kesan pengambilan kafein dengan jumlah yang banyakResah dan gelisah.Sukar menumpukan perhatian.Sakit kepala.Sukar tidur.Keliru dan kadang-kala berhalusinasi. Kafein dalam pemakananSecara umum kafein lebih banyak ditemui dalam kopi (54 peratus), teh (43 peratus), minuman kola dan ubat-ubatan (3 peratus). Kafein biasanya ditambah dalam sesetengah makanan dan minuman sebagai perasa. Ia menyumbang kepada profil perasa makanan itu secara keseluruhannya.Fakta: KafeinKafein adalah sejenis ‘ubat’ (drug) yang dihasilkan secara semula jadi dalam daun dan biji benih. Ia juga boleh dihasilkan secara tiruan dan ditambah ke dalam sesetengah makanan. Kafein dikategorikan dalam kumpulan ubat yang sama dan kadang kala digunakan untuk merawat lelah.Bertindak menstimulasi sistem saraf tengah menyebabkan peningkatan dalam degup jantung dan sifat waspada (alertness). Kebanyakan orang yang sensitif dengan kafein mengalami pertambahan dalam tenaga dan ‘elevation mood’.Ada dalam daun teh, biji kopi, coklat, kebanyakan minuman soda dan sesetengah ubat melegakan kesakitan. Dalam bentuk semula jadinya kafein berasa pahit. Tetapi kebanyakan minuman berkafein yang kita nikmati kini sudah melalui proses untuk menyingkirkan rasa pahit itu. Majoriti remaja yang mengambil kafein menerusi minuman soda, juga mengalami pertambahan jumlah gula dan perasa tiruan.
Fakta: Jumlah kafein dalam minuman
Kopi yang disaring (250ml) 200-250mg
Kopi yang ditapis (250ml) 100-150mg
Kopi segera (250ml) 80-150mg
Kopi tanpa kafein (250ml) 4-8mgT
eh (250ml) 20-200mg
Teh ais (350ml) 12-28mg
Minuman kola (375ml) 30-75mg
Minuman untuk tenaga 375ml 150mg atau lebih
Coklat panas (250ml) 10mg
Coklat bar (200gram) 60mg
Aku pon peminat setia nescafe ni,,hahaha...dah x leh buat apa dah..mesti nak kena minum..
Thursday, February 10, 2011
Peminat Mc'D kena baca...Tengok video ni
nampak sedap kan kentang goreng kat dalam gambar ni...memang pon..tapi cuba tgk video kat bawah ni dulu.
Sumber video dari youtube
Salam semua pembaca setia blog mamapapa84 ni..ok semua hari ni aku nak kongsikan ngan korang semua suatu fakta yang menarik dan mesti diketahui oleh semua rakyat Melaysia dan selurah dunia tentang makanan yang terdapat kat Mc'Donald ni..mesti korang semua suka makan kat mc'd kan...aku pon makan jugak dulu..tapi sekarang ni dah lama aku x makan kat mc'd ni..kalo korang nak tau sebab dia korang tgk la kat video dari youtube tu...ni bukan aku yang reka-reka cerita atau nak boikot mc'd..cuma untuk pengetahuan umum sahaja..korang cuba tgk apa yang terjadi kepada kentang goreng mc'd tu???dah 10 minggu masih x berlaku apa-apa perubahan kan..kalau kentang biasa yang kita goreng kat rumah baru 2 hari pon dah naik kulat dan mula rosak kan..x tau la mc'd ni pakai bahan apa untuk buat kentang dia boleh tahan lama cam tu..bayangkan kalau kita makan dan kentang tu duduk dalam perut kita???beleh ke perut kita hadam???/korang pikir-pikirkan lah ye...komen la ye
Tuesday, February 8, 2011
Kereta Singapore.... Jangan Beli
Gambar pinjam dari En.google
Salam semua pembaca blog mamapapa84 sekelian..terima kasih kerana anda masih setia untuk terus support aku untuk meneruskan entry di blog aku ni..aku akan cuba sediakan entry entry yang berguna ubtuk korang semua k...orait untuk entry harini aku nak kongsikan dengan korang semua tentang satu fenomena yang sememangnya sering berlaku sekarang ni..ramai orang malaysia sekarang ni suka beli kereta dari singapore..kenapa aku x kasi korang beli kereta dari singapore ni???
Ni sebab kenapa x boleh..kalo korang nak beli x salah pon cuma kereta dari singapore ni ada tarikh tamat tempoh dia.kalau kat sana depa guna 5 tahun je keta ni,pastu depa akan lupuskan..tapi ada jugak kereta yang dah tamat tempoh ni x dilupuskan tetapi dijual secara haram di malaysia dan digunakan disini..
Kereta ni kalo digunakan kat malaysia satu sen pon x payah bayar cukai..so seronok la sapa yang pakai kereta ni kan...hhaaha tetapi korang jangan silap pulak sebab ada pihak yang bertanggungjawab tuk cari dan tangkap pemilik serta kereta ni..korang tau x sapa??? Kastam la yang akan buat kerja tuk mencari dan menangkap mereka-mereka ni semua..
korang tau x kalo kena tangkap ngan pihak kastam ni dia punya denda amatlah tinggi tau..kalo dulu kena kompaun je RM5000 dan kereta kena sita..tapi sekarang ni kalo dapat tangkap,korang akan didakwa dimahkamah..denda dia pulak adalah 10 kali nilai kereta atau motosikal tu..amacam tinggi x??? kalau nilau kereta tu RM10000 kena denda dah jadi RM100000 tau...
so aku nasihatkan korang xpayah la nak pakai kereta mewah dari singapore ni..beli je kat malaysia..loan pon dah senang skrang kan..lagi satu aku nak bg tau ngan korang,kalo korang ada maklumat tentang sesapa yang pakai kereta dari singapore ni korang boleh la salurkan maklumat tersebut kepada pihak kastam dan korang akan diberikan reward tau...lumayan
Subscribe to:
Posts (Atom)
Custom Search
Popular Posts
-
Gambar pinjam dari En.google Salam semua pembaca blog mamapapa84 sekelian..terima kasih kerana anda masih setia untuk terus support aku untu...
-
Halo, halo, halo ...... mesti ramai yang tercari-cari bagaimana nak setelkan masalah kena senarai hitam atau pun blacklist dengan PTPTN kan....
-
ok...harini saya nak kongsikan kepada anda semua bagaimana nak buat screenshot...ramai orang pikir macam mana nak ambil gambar pada screen l...














