Saturday, May 21, 2011

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN ANDROID

Sistem Operasi Google Android di hand phone memang masih baru, namun demikian Sistem Operasi Android telah mengalami perkembangan yang cukup pesat. Dicipta sebagai tandingan iOS, Android menunjukan grafik perkembangan yang baik, ini tentu menyebabkan kebanyakkan pengeluar hand phone berlumba-lumba untuk menghasilkan produk yang berasaskan OS android ini.
Jika Anda bercadang membeli sebuah hand phone Android, dan ingin tahu apa kelebihan dan kekurangannya, berikut ini beberapa kelebihan dan kekurangan operasi Android.

Kelebihan Hand phone Android
  • Multitasking – Hand phone Android boleh menjalankan pelbagai aplikasi, ini bermakni anda boleh browsing, Facebook sambil mendengar lagu.
  • Kemudahan dalam Notifikasi – Setiap ada SMS, Email, atau bahkan artikel terbaru dari RSS Reader, akan selalu ada notifikasi di Home Screen hand phone Android, tak ketinggalan Lampu LED Indikator yang berkelip-kelip, sehingga Anda tidak akan terlewat walau satu SMS, Email ataupun Misscall sekalipun.
  • Akses Mudah terhadap Ribuan Aplikasi Android melalui Google Android App Market – Kalau Anda senang install aplikasi ataupun games, melalui Google Android App Market Anda boleh mendownload berbagai aplikasi dengan percuma. Terdapar ribuan aplikasi  dan games yang siap untuk Anda download ke hand phone Android.
  • Pilihan hand phone yang berbagai-bagai - Bercakap mengenai hand phoneAndroid, akan terasa ‘bebeza’ dibandingkan dengan iOS, jika iOS hanya terbatas pada iPhone dari Apple, tetapi Android tersedia di HP dari berbagai pengeluar, mulai dari Sony Ericsson, Motorola, HTC sampai Samsung. Dan setiap HP Android dengan datang dengan gaya masing-masing, seperti Motorola dengan Motoblur-nya, Sony Ericsson dengan TimeScape-nya. Jadi Anda boleh memilih HP Android sesuai dengan pilihan mereka
  • Boleh menginstal ROM yang dimodifikasi – tak puas dengan tampilan standard Android, jangan bimbang kerana ada banyak Costum ROM yang boleh Anda guna di HP Android.
  • Widget – benar sekali, dengan adanya Widget di homescreen, Anda boleh dengan mudah mengakses berbagai setting dengan cepat dan mudah.
  • Google Maniak – Jika Anda pengguna setia layanan Google mulai dari Gmail sampai Google Reader, HP Android telah terintegrasi dengan layanan Google, sehingga Anda boleh dengan cepat memeriksa email dari gMail.

Kekurangan
 

Tidak boleh dinafikan disamping kelebihan tentu  ada kekurangan dari sistem operasi Android ini.
  • Memerlukan sambungan Internet yang terus menerus – kebanyakan HP Android memerlukan sambungan internet yang sentiasa aktif.kena ada duit lebih sikit la kalau nak gunakan HP android ni..
  • Iklan – Aplikasi di HP Android memang boleh didapatkan dengan mudah dan percuma, namun masalahnya di setiap Aplikasi tersebut, akan selalu ada Iklan yang terpampang, entah kat atas atau kat bawah aplikasi

Thursday, May 19, 2011

DAH SELESAI

Alhamdulillah...dah selesai pon temuduga jawatan penolong pemeriksa kilang dan jentera J29 yang aku kena pagi tadi...tak ramai pon yang datang untuk interview. 9 orang je pon..

aku punya turn nombor 4..aku kena 30 minit la jugak masa kat dalam bilik tu..ada 2 orang panel yang interview aku..sorang dari SPA, sorang lagi dari JKKP..boleh tahan la soalan yang dia tanya..

apa-apa pon korang semua tolong la doakan supaya aku berjaya dapat kerja tu ye..amin

Monday, May 16, 2011

Duit dari says dot my

Sapa yang tak nak duit angkat tangan...hahaha mana la ada orang yang tak nak duit kan..ok korang menti dah ramai yang dah penah dengar pasal says.my ni kan.

Mesti dah ramai jugak yang dah berjaya buat duit dengan says.my ni kan. aku punya belum boleh kuarkan lagi..baru je ada rm63.80..dah genap rm100 nanti boleh la aku kuarkan..

Kalau korang nak buat duit ngan says.my ni daftar la kat says.my ni k

Sunday, May 15, 2011

INTERVIEW

hari khamis ni aku akan menghadiri satu temuduga kat melaka ni..berdebar-debar jugak la kan. tak tau apa yang akan panel akan tanya kat aku nanti..risau jugak aku nanti..lain yang ditanya lain pulak yang aku jawab nanti kan.

apa-apa pon aku akan cuba yang terbaik la untuk berjaya dalam temuduga tu nanti.ni pon untuk mengubah kehidupan keluarga aku la kan..

Wednesday, May 11, 2011

boring.....boringgggg

apa la aku nak buat ye kalau aku boring??? haiii..aku pon tak tau nak buat apa ni..korang kalau boring apa yang korang buat hah??

nak mengadap laptop ni pon takut terjojol la plak biji mata ni...asyik ngadap je kan..nasib baik la ada anak dan isteri kat rumah..boleh jugak aku bergurau senda ngan depa kat rumah..hilang la rasa boring aku tu kan..

mlm ni tak tau nak mkn apa ni..nasi goreng??  roti canai?? meggie goreng?? yang mana satu agak-agak ye nak makan??korang tolong decide tuk aku ye..tolong la
Custom Search

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Jom Tukar Link

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!