Setelah melalui hari-hari yang begitu mendebarkan sebelum tiba di negeri cik siti wan kembang ni, maka dengan rasminya aku telah bergelar sebagai seorang pegawai JKKP. maka dengan ini tamatlah sudah tugas aku sebagai pegawai kastam. semua harta milik kastam aku dah serah tau.
Hari pertama kat jabatan baru ni biasa la selepas je masuk opis sebelum pukul 8pg tu aku pon duduk la kejap kat ruangan menunggu kat opis JKKP tu.. maka sampai lagi 3 orang untuk melapor diri bersama aku pada hari tersebut. ada jugak la kawan yang sama-sama masuk ngan aku ye..total pagi tu 4 orang. 3 lelaki 1 pompuan. sepatutnya 5 orang, tapi yang sorang lg call mintak tangguh sebab dia sedang berpantang.
setelah mengadap pengarah pada pg tu kami semua pon di bawa untuk berkenalan dengan semua staff kat situ..ramah-ramah belaka.tempat duduk belum ada lagi ni sebab nak pindah ke pejabat baru tak lama lagi. so buat masa ni duduk kat bilik mesyuarat la dulu.
Antara tugas-tugas yang akan dilaksanakan adalah pemeriksaan jentera yang terdapat di kilang, lombong, tapak binaan, ladang, pembalakkan, perikanan, IKS, penguatkuasaan , siasatan dan pendakwaan.
Kami semua akan diberi latihan selama 3 bulan sebelum dibawa untuk menjalankan tugas-tugas di atas tu.sibuk la jugak tugas penolong pemeriksa kilang dan jentera ni. mencabar tau. aku memang suka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Custom Search
Popular Posts
-
Gambar pinjam dari En.google Salam semua pembaca blog mamapapa84 sekelian..terima kasih kerana anda masih setia untuk terus support aku untu...
-
Halo, halo, halo ...... mesti ramai yang tercari-cari bagaimana nak setelkan masalah kena senarai hitam atau pun blacklist dengan PTPTN kan....
-
ok...harini saya nak kongsikan kepada anda semua bagaimana nak buat screenshot...ramai orang pikir macam mana nak ambil gambar pada screen l...
4 comments:
cam berat jer tugas2 yang dibrikan tu.. btw selamat menjalankan tugas baru yerk :)
Wah... Suke2 ... Kan best kalau salah seorg perempuan tu aku.... Hik hik... Perasannya...
best je dengar :)
tahniah2!!
nway saya pelajar dalam bidang safety n health dan dalam proses untuk belajar...
kalau boleh, boleh tak beri tujuk ajar tentang cara untuk buat report HIRARC instead of hanya isi borang HIRARC atau pon cadangan laman web yang boleh membantu saya untuk belajar buat report tersebut :))
TQ :)
salam sy ada interview 17.10.2013 ni,hope saudari leh beri tip2 interview.blh emailkan di rosery27@yahoo.com.thx
Post a Comment