Setelah melalui hari-hari yang begitu mendebarkan sebelum tiba di negeri cik siti wan kembang ni, maka dengan rasminya aku telah bergelar sebagai seorang pegawai JKKP. maka dengan ini tamatlah sudah tugas aku sebagai pegawai kastam. semua harta milik kastam aku dah serah tau.
Hari pertama kat jabatan baru ni biasa la selepas je masuk opis sebelum pukul 8pg tu aku pon duduk la kejap kat ruangan menunggu kat opis JKKP tu.. maka sampai lagi 3 orang untuk melapor diri bersama aku pada hari tersebut. ada jugak la kawan yang sama-sama masuk ngan aku ye..total pagi tu 4 orang. 3 lelaki 1 pompuan. sepatutnya 5 orang, tapi yang sorang lg call mintak tangguh sebab dia sedang berpantang.
setelah mengadap pengarah pada pg tu kami semua pon di bawa untuk berkenalan dengan semua staff kat situ..ramah-ramah belaka.tempat duduk belum ada lagi ni sebab nak pindah ke pejabat baru tak lama lagi. so buat masa ni duduk kat bilik mesyuarat la dulu.
Antara tugas-tugas yang akan dilaksanakan adalah pemeriksaan jentera yang terdapat di kilang, lombong, tapak binaan, ladang, pembalakkan, perikanan, IKS, penguatkuasaan , siasatan dan pendakwaan.
Kami semua akan diberi latihan selama 3 bulan sebelum dibawa untuk menjalankan tugas-tugas di atas tu.sibuk la jugak tugas penolong pemeriksa kilang dan jentera ni. mencabar tau. aku memang suka.
Wednesday, August 17, 2011
Sunday, August 14, 2011
Baik punya...boleh la tumpang duduk kejap
seharian memandu kereta dari melaka ke kelantan akhirnya sampai jugak aku kat kota bharu ni..penat la jugak drive sorang-sorang ni..dah la ikut gps je..entah mana-mana jalan gps tu bawak aku..
dah sampai kota baru pukul 10 malam..apa lagi sibuk la nak cari tempat tidur malam ni..nasib baik la aku dah contact pakcik tajudin awal-awal lagi..dia orang lama kat sini..dia la yang tolong cari bilik sewa untuk aku..
bilik yang aku sewa ni boleh la untuk tidur..nyamuk banyak wooo..tapi takpe la sebab sementara je aku dok bilik ni..nanti nak pindah duduk tempat lain pulak..

Thursday, August 11, 2011
Berdebar-debar menantikan 15 ogos
Tak sabar aku nak tunggu tibanya tarikh 15 ogos ni...huhu tak tau la macam mana la gayanya keja di jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan ni... aku tak tau apa la agaknya tugas yang bakal menanti aku nanti..
Bagaimana pulak la dengan kursus yang ada ye..kalo sekarang ni aku di jabatan kastam aku tak la bila masuk kerja memang ada kursus asan selama 3 bulan.. kalo jabatan ni tak tau la ada ke tak apa-apa kursus asas yang ada..kalo ada sesiapa dari jabatan JKKP yang baca post ni bagi tau la ye

Wednesday, August 3, 2011
Kelantan tunggu...aku datang
yessss....surat yang aku dok tunggu-tunggu dah pon sampai hari jumaat haritu..walaupon lambat sampai tapi memang puas hati la kan sebab memang aku dok tunggu surat ni.. bukan apa aku nak tau kat mana aku aku akan di tempatkan je..
aku ingatkan kena kawasan dekat-dekat je...nak amik ko sekali dia kasi kelantan tu...dah la ku tak tau jalan nak p sana..pakai gps boleh kot kan..15/8/2011 ni aku dah kena lapor diri kat JKKP Kota Bharu, Kelantan...
pening gak aku nak cari rumah lagi...kursus lak x tau camana..

Subscribe to:
Posts (Atom)

Custom Search
Popular Posts
-
Gambar pinjam dari En.google Salam semua pembaca blog mamapapa84 sekelian..terima kasih kerana anda masih setia untuk terus support aku untu...
-
Halo, halo, halo ...... mesti ramai yang tercari-cari bagaimana nak setelkan masalah kena senarai hitam atau pun blacklist dengan PTPTN kan....
-
ok...harini saya nak kongsikan kepada anda semua bagaimana nak buat screenshot...ramai orang pikir macam mana nak ambil gambar pada screen l...