Monday, February 28, 2011

ROBOT SELESAIKAN RUBIKS CUBE..


Korang pernah main rubiks cube tak??/alah yang kotak 4 segi warna warni tu la...mesti susah kan nak selesaikan ataupon nak bagi sama warna semula bila dah kucar kacir kan..korang meh tengak ni robot yang selesaikan masalah ribiks cube ni..senang je robot tu buat kan..dalam masa 37 saat je dah siap sama kaler dia..memang teror la robot tu...

kalo kasi aku yang buat nampaknya berbulan bulan la masa yang diperlukan tuk siapkannya..tu pon belom tentu siap..

Sunday, February 27, 2011

NINA MONTOK JUAL TUBUH KEPADA PENOREH GETAH

Apa nak jadi dengan dunia hari ini???semakin berani pulak pelacur ni melacur dalam pondok usang kat dalam kebun getah..kisah ni berlaku di johor..kalo sesiapa baca paper metro semalam pasti tahu ceritani..

mentang mentang la harga getah dah melambung tinggi..si pelacur ni pon ambil kesempatan untuk jual tubuh dia kat para penoreh yang hidung belang dan gatal x sedar diri dah nak mampos tu..

Pelacur ni plak siap sms kepada para pelanggan dia umtuk promote servis dia ni...teruk betul dunia sekarang ni kan..nak tau berita lebih lanjut jom baca kat sini

Saturday, February 26, 2011

KEPUTUSAN PEMENANG MUDAH MENANG MINGGU KE - 2

assalamualaikum semua pembaca..ok ni aku nak updatekan nama para pemenang peraduan mudah menang harian untuk minggu yang ke - 2..seramai 4 orang telah berjaya memenangi i-pad..ok ni nama pemenang tu..

1 - AIMI SYAFIQAH ISMAIL ( PERAK )
2 - MOHD HAFIZ HALIDI( SELANGOR )
3 - NURUL AIMAN MOHAMAD ( KELANTAN )
4 - FAEZAH MOHAMMAD SHAFFI ( NEGERI SEMBILAN )

Jawapan untuk soalan mudah menang minggu - 2 adalah;
ISNIN- C GURU
SELASA- B VOLVO S60
RABU - B BEG TANGAN
KHAMIS C KOREA
JUMAAT - B BUKAN SYARAT
SABTU - B PELAN P1 VOICE

MAKAN MALAM PERCUMA

Dah selesai pon majlis meraikan persaraan [egawai pegawai kastam untuk tahun 2010 dan 2011...meriah jugak la majlis ni..dapat aku makan free huhu..ada asam pedas,sup gear box,daging masak apa tah,ayam goreng,dan sayur... sepanjang majlis tu semua yang hadir telah di hiburkan dengan persembahan nyanyian oleh para pegawai kastam..masa majlis tu hujan lebat jugak tau..tapi ok la majlis jalan dengan sempurna jugak..alhamdulillah..esok aku uploadkan gambar majlis ye..skrang x sempat la..nak tidur dah ni...ngantuk n letih sangat..

Friday, February 25, 2011

ORANG BERSARA AKU KENA JAGA PARKING

Apa kena mengena antara orang nak bersara dengan aku???padahal aku baru je 3 tahun kerja...haaaa jangan salah anggap plak tau..sebenarnya malam ni aku ditugaskan untuk menjaga parking semasa majlis meraikan pegawai kastam yang sudah dan akan bersara dalam masa terdekat ni.. Kenalah aku tunggu kat parking lot kat wisma kastam melaka start pukul 7.30mlm sampai la tamat majlis..tapi xpa sebab ada makan sedap..hahahasyok dapat makan tau..kalau korang nak makan free meh la wisma kastam melaka malam ni ye...

Danish dan Basikalnya

Ini adalah aksi anak aku yang bernama Danish sedang menunggang basikal miliknya di dalam rumah..korang tengok la sendiri aksi dia tu memang kelakar la...umur baru je 1 thn 4 bln...tapi apa mama & papa dia cakap semua dia dah tau buat..terhibur hati aku tgk aksi danish ni..

setiap hari time dok kat rumah macam ni la gaya dia..nak memain je..dah letih main apa lg terus masuk tido..jangan tiru aksi ini dirumah anda..(untuk budak kecik saja tau)

Thursday, February 24, 2011

JAUH PERJALANANKU

Hari ni aku bangun awal pg lg untuk gerak ke tempat kerja..jauh tu nak gerak dari melaka ke muar jihor..dah la aku kuar naik motor harini..naik kebas punggung aku ni..nasib baik la naik motor yamaha lc..boleh la gerak laju sket..xde laju mana pon, 120kmj je pon...

Pukul 7 pg kuar rumah sampai kat tempat kerja pukul 8.30pg..korang nak tau x aku kerja kat mana???hahaha aku kena bertugas di tanjung selabu harini memantau kerja kerja pembaikkan bot jabatan yang di galangkan di limbungan..heheh nanti aku upload gambar bot yang aku pantau tu k...nak p tgk bot jap ni..

Wednesday, February 23, 2011

Peraduan Huggies Superstar Search


Assalamualaikum semua...harini MP84 nak kongsi ngan semua pembaca tentang satu peraduan yang sedang berjalan dan masih terbuka untuk disertai..ok bagi sesiapa yang mempunyai anak kecik atau pon baby boleh la sertai peraduan ni..

Cara nak sertai dan syarat peraduan koran boleh rujuk kat sini kalao korang semua nak tau lebih lanjut p la tgk kat situ k..nanti korang lupa tolong vote/undi online untuk anak MP84 tau..

Monday, February 21, 2011

Cara Cepat Nak Naik kan traffic anda!




haaa... ini adalah cara cepat beb! Nak up kan traffic korang tak? Tadi jenguk blog Yaty dan terbaca entry latest dia pasal macam mana nak upkan traffic blog kita. Maybe caranya kurang paham sikit tapi takpe saya nak cuba dulu. Jom kita pakat cuba ramai-ramai. Tak rugi pun kan kalau try cara ni. Kalau menjadi kiranya kita bertuah.

Cara nya begini:



1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.
2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.

1.My Big Family & Friends

2.ABCMILO

3.matdin

4.MSR @Blogger

5.tengku nizam

6.mizz shizu

7.Myself V3 Me &

8.Blog Hanz

9.BeMie's WoRLd

10.Farah Shafiqah

11.Qila Razak

12.CekLa

13.Miss Yaty

14.Magrib menjelma

15.mamapapa84

PERATURAN!!!


1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.

2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.

3. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

***So urutannya jadi mcm nie...

1. ABCMILO

2. matdin

3. MSR @Blogger

4. tengku nizam

5. mizz shizu

6. Myself V3 Me &

7. Blog Hanz

8. BeMie's WoRLd

9. Farah Shafiqah

10 . Qila Razak

11. CekLa

12. Miss Yaty

13. Magrib Menjelma

14. mamapapa84

15. Blog anda


4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

Kita sama-sama cuba jaya okk….
Selamat mencuba!!!

***Ingat...jangan menipu...tolong menolong sesama rakan blogger untuk mendapat trafic yang banyak... Pastu Jgn Lupa promote link entry ni.. kt member2 korang.. lagi byk lagi bagus.. kalau sehari promote kat 100 blog mungkin yg buat 10% jer maknenya dalam 10 org yg buat... ingat lagi byk backlink kiter... lagi tinggi rating kiter kat google..

Dividen KWSP 5.8%



Assalamualaikum semua pembaca blog mamapapa84...semalam kita dah dapat berita pengumuman tentang pembayaran dividen KWSP iaitu sebanyak 5.8%..wau banyak tu.ini merupakan pembayaran tertinggi yang pernah diumumkan oleh KWSP.Mulai hari ini, ahli boleh mendapatkan penyata kira-kira KWSP untuk menyemak kemasukan dividen 2010 melalui kiosk KWSP, kaunter atau i-Akaun.

Kepada yang ada akaun di KWSP tu boleh la jengah ke kaunter KWSP atau pon semak di laman web rasmi di sini.mesti dah banyak duit korang kan...boleh la belanja MP84 makan kan..heheheh

Sunday, February 20, 2011

Keputusan pemenang peraduan mudah menang minggu-1



assalamualaikum semua pembaca sekalian yang dihormati..cewah cewah intro dia...ok seperti yang MP84 janjikan dulu dalam post yang terdahulu maka harini MP84 akan nyatakan nama pemenang untuk peraduan mudah menang metro bagi minggu yang pertama..seramai 4 orang pemenang telah berjaya memenangi i-pad setiap seorang...4 orang pemenang ni adalah daripada 15000 orang yang menyertai peraduan ni tau..

Ni para pemenangnya :
1-MOHD ADLI MOHAMMED ZAILAINI ( SELANGOR )
2-HASLINA MASNI MOHAMAD KHOTIB ( PULAU PINANG )
3-SAIFUL BAHRI ZAKARIA ( JOHOR )
4-ZAINUN SAAT ( KELANTAN )

Tahniah diucapkan kepada para pemengan..kepada yang tidak berjaya tu jangan la menangis plak ye..cuba lagi tau..masih ada masa lagi tau..

Thursday, February 17, 2011

Cara proses daging burger...memang gila


ok semua pembaca blog mamapapa84 sekalian ...sebelum ni MP84 dah bagi satu post tentang kentang mc'd kan..so post kali ni MP84 nak kongsi ngan korang pembaca semua satu video yang MP84 dapat dari youtube..ni video cara omputih proses daging burger...korang tengok la sendiri ye..MP84 dah x makan burger dah skrang ni tau..ngeri..kat malaysia proses dia bukan macam ni kot...mesti dah sembelih kan..
amacam ngeri x korang tengok???

Wednesday, February 16, 2011

Saya punyai 100 hingga 500 FOLLOWERS

ni MP84 jumpa dalam blog ben ashaari...so join je..kalo korang nak tau lebih lanjut p baca

Beca Gergasi

Salam...korang pernah tak tengok beca gergasi macam ni???kalau orang melaka tu memang la penah tengok beca ni sebab beca ni memang duduk dekat sungai rambai melaka...ni la beca tu..besar kan

>

amacam besar tak???ni boleh muat 20 orang ni kot.hahaha..tapi sapa plak yang nak kayuh???kalau ada sesiapa yang nak tengok dengan lebih dekat beca ni datang la melaka ye..

Tuesday, February 15, 2011

Minum Traffic Light

Salam semua pembaca blog mamapapa84...harini MP84 nak kongsi satu minuman special ngan korang semua..penah tak korang minum traffic light??kalo yang penah tu ok lah..tapi kalo yang belum pernah tu jom tgk gambar yang MP84 amik semasa berada kat medah selera ayer keroh melaka..
ok apa yang korang tengok ni adalah minuman yang dipanggil traffic light.menu ni harga dia RM10.00 satu gelas..dia punya gelas memang besar la..boleh minum 4 orang tau..kat dalam minuman ni adalah campuran buah-buahan..memang baik untuk sesapa yang nak berdiet tu...

untuk makluman korang semua lokasi kedai ni adalah di medan selera ayer keroh melaka..kedai no.7&8..lagi satu MP84 nak bg tau kat kedai ni jugak ada western food yang sedap tau...kena cuba tau..

Monday, February 14, 2011

Peraduan Mudah Menang Metro minggu ke - 3


Salam semua pembaca..hari ni MP84 nak cerita sikit tentang perjalanan peraduan mudah menang harian metro yang dah masuk minggu ke 3...aku dah hantar dah penyertaan minggu ke 2..kalau dilihatkan pada soalan yang diberikan memang mudah sangat2..cuma kita kena rajin car je kat dalam harian metro tu..mesti jumpa punya la jawapan dia..mungkin yang susah sikit bahagian nak buat slogan dia...minggu ni akan diumumkan pemenang minggu pertama..so sama-samalah kita tunggu pengumuman dia ye..nanti MP84 akan updatekan nama pemenang kat sini ye...

Sunday, February 13, 2011

Perodua Azla Baru Aku

salam semua pembaca setia blog mamapapa84...harini haidzir84 nk kongsi kegembiraan haidzir84 dengan korang peembaca semua..haidzir84 dah dapat kereta perodua alza yang menjadi idaman kalbu..alangkah gembiranya hati ini bila kereta ni sampai semalam...jom tengok kereta baru haidzir84 ni...





Amacam ok tak kereta baru haidzir84?? cantik n bergaya kan..hehe puji sendiri la pulak..ok untuk pengetahuan korang semua kereta ni full spec manual..krang boleh tengok dia punya hand brek dok kat tengah tu macam kereta biasa..kalau auto baru pakai foot brek..

Haidzir84 cuma bayar downpayment RM2000 je tau..montly rm7++...urusan amat cepat..haidzir84 amat berpuas hati dengan jurujual ni..3 hari je dah kuar kereta ni tau..kalau korang berminat nak beli alza macam haidzir84 ni pon haidzir84 boleh kenalkan dengan jurual dia..tapi area melaka,johor dan negeri 9 jela...

Saturday, February 12, 2011

Aksi anakku di rumah

meh tengok aksi anak aku bila duduk kat rumah...




cermin mata yang dia pakau tu aku yang punya..tapi bila dapat kat dia habis dia kerjakan sampai hilang lens sebelah.dah x dapat cari..so aku bagi la kat dia..hehee

Friday, February 11, 2011

Fakta Mengenai Nescafe...best ni


Ini adalah satu fakta yang menarik untuk dikongsi ngan korang.mungkin anak korang gemar menikmati secawan kopi setiap pagi sebelum ke sekolah atau korang yang membancuhkannya setiap malam sebagai teman mengulangkaji pelajaran.Kesan pengambilan kafein pada setiap individu berbeza, tetapi secara umumnya kanak-kanak dan dewasa memiliki kesan yang hampir sama. Walaupun tidak ada garis panduan pengambilan kafein untuk kanak-kanak di Malaysia, di Kanada, kanak-kanak tidak dibenarkan mengambil lebih daripada 45 miligram (mg) kafein sehari.Jumlah itu bersamaan dengan kuantiti kafein yang dijumpai dalam 355 mililiter (ml) minuman soda atau empat coklat bar dengan berat 43 gram. Kafein boleh ditemui dengan jumlah yang banyak dalam kopi (54 peratus kafein dalam kopi), tetapi ia juga boleh dijumpai dalam teh, coklat, minuman koko, sesetengah minuman ringan, yang kandungan kafeinnya tidaklah sebanyak dalam kopi.Perlu dijelaskan, kafein memiliki risiko kesihatan terhadap sesetengah pengguna. Anak kecil misalnya lebih sensitif kepada kafein kerana mereka tidak terdedah kepada bahan itu berbanding orang dewasa. Bagi kebanyakan doktor perubatan pula, mereka menyarankan wanita hamil dan ibu yang menyusukan bayi patut mengurangkan pengambilan kafein. Walaupun dalam jumlah sedikit atau sederhana belum dapat dibuktikan boleh mengganggu bayi, tetapi yang selalu ditegaskan dalam kebanyakan kajian, kafein boleh memburukkan masalah jantung atau saraf.Prof Suhaila Mohamad dari Fakulti Sains dan Sains Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata kafein bersifat diuretic (tindakan yang menyebabkan banyak air dikumuhkan)."Bagi orang dewasa pula lazimnya sifat yang diuretic menyebabkan individu yang mengambil kafein akan kerap membuang air kecil," katanya. Prof Suhaila berkata, bagi kanak-kanak, ‘perkenalan’ dengan kopi sepatutnya dimulakan hanya pada usia mencecah lapan tahun. Bagaimanapun, katanya bagi teh dan koko, pengambilan daripada awal tidak menjadi soal kerana kita juga perlu seimbangkan pengambilan makanan. Apatah lagi, teh dan koko mengandungi ejen anti oksidan yang baik untuk kesihatan."Ibu yang menyusukan bayi boleh mengambil minuman berkafein kerana kemungkinan kafein boleh membantu melancarkan lagi aliran susu kepada bayi. Kesan kafein pada bayi yang menyusu badan tidak menggugat kesihatan," katanya.Difahamkan meminum kopi lebih dari­pada tiga cawan boleh meningkatkan risiko barah, tetapi setakat ini tiada kajian saintifik yang menyokong kenyataan itu. Kajian hanya dijalankan kepada mereka yang gemar minum kopi dan sebaliknya, yang mana didapati orang minum kopi memiliki ingatan lebih baik.Bagaimanapun, Prof Suhaila berkata, dalam apa juga pengambilan makanan sekali pun, sifat bersederhana adalah lebih baik kerana setiap perkara itu ada keburukan dan kebaikannya.Kesan pengambilan kafeinPakar Pemakanan Pusat Perubatan Pantai, Kanimolli Arasu, berkata kesan pengambilan kafein bergantung kepada kekerapan dan jumlah pengambilan bahan itu."Lebih tinggi kesan kepada kanak-kanak kerana saiz tubuh mereka yang kecil. Kafein cepat diserap dan mudah didistribusi kepada seluruh badan dalam masa yang singkat pada kanak-kanak berbanding orang dewasa," katanya.Beliau berkata, secara umum, kanak-kanak yang mengambil terlalu banyak kafein seperti minuman berkarbonat akan kurang minum susu. Ini menyebabkan pengambilan nutrien seperti kalsium berkurangan."Selain itu, pengambilan minuman berkarbonat yang banyak menyebabkan obesiti dan kerosakan gigi kerana minuman itu bukan saja mengandungi kafein malah mempunyai kandungan gula yang tinggi," katanya. Justeru, sifatnya yang diuretic, minuman berkafein memang tidak sesuai untuk kanak-kanak.Beliau berkata, cara terbaik untuk mengurangkan kafein dalam diet kanak-kanak ialah dengan menggantikan minuman berkafein dengan air, susu, jus buah-buahan segar. Kesan pengambilan kafein yang sedikit Mengganggu corak tidur.Meningkatkan degupan jantung.Meninggikan tekanan darah.Kerap membuang air kecil.Tangan terketar-ketar perlahan.Kurang selera makan.Kesan pengambilan kafein dengan jumlah yang banyakResah dan gelisah.Sukar menumpukan perhatian.Sakit kepala.Sukar tidur.Keliru dan kadang-kala berhalusinasi. Kafein dalam pemakananSecara umum kafein lebih banyak ditemui dalam kopi (54 peratus), teh (43 peratus), minuman kola dan ­­ubat-ubatan (3 peratus). Kafein biasanya ditambah dalam sesetengah makanan dan minuman sebagai perasa. Ia menyumbang kepada profil perasa makanan itu secara keseluruhannya.Fakta: KafeinKafein adalah sejenis ‘ubat’ (drug) yang dihasilkan secara semula jadi dalam daun dan biji benih. Ia juga boleh dihasilkan secara tiruan dan ditambah ke dalam sesetengah makanan. Kafein dikategorikan dalam kumpulan ubat yang sama dan kadang kala digunakan untuk merawat lelah.Bertindak menstimulasi sistem saraf tengah menyebab­kan peningkatan dalam degup jantung dan sifat waspada (alertness). Kebanyakan orang yang sensitif dengan kafein mengalami pertambahan dalam tenaga dan ‘elevation mood’.Ada dalam daun teh, biji kopi, coklat, kebanyakan minuman soda dan sesetengah ubat melegakan kesakitan. Dalam bentuk semula jadinya kafein berasa pahit. Tetapi kebanyakan minuman berkafein yang kita nikmati kini sudah melalui proses untuk menyingkirkan rasa pahit itu. Majoriti remaja yang mengambil kafein menerusi minuman soda, juga mengalami pertambahan jumlah gula dan perasa tiruan.
Fakta: Jumlah kafein dalam minuman
Kopi yang disaring (250ml) 200-250mg
Kopi yang ditapis (250ml) 100-150mg
Kopi segera (250ml) 80-150mg
Kopi tanpa kafein (250ml) 4-8mgT
eh (250ml) 20-200mg
Teh ais (350ml) 12-28mg
Minuman kola (375ml) 30-75mg
Minuman untuk tenaga 375ml 150mg atau lebih
Coklat panas (250ml) 10mg
Coklat bar (200gram) 60mg

Aku pon peminat setia nescafe ni,,hahaha...dah x leh buat apa dah..mesti nak kena minum..

Thursday, February 10, 2011

Peminat Mc'D kena baca...Tengok video ni

nampak sedap kan kentang goreng kat dalam gambar ni...memang pon..tapi cuba tgk video kat bawah ni dulu.

Sumber video dari youtube
Salam semua pembaca setia blog mamapapa84 ni..ok semua hari ni aku nak kongsikan ngan korang semua suatu fakta yang menarik dan mesti diketahui oleh semua rakyat Melaysia dan selurah dunia tentang makanan yang terdapat kat Mc'Donald ni..mesti korang semua suka makan kat mc'd kan...aku pon makan jugak dulu..tapi sekarang ni dah lama aku x makan kat mc'd ni..kalo korang nak tau sebab dia korang tgk la kat video dari youtube tu...ni bukan aku yang reka-reka cerita atau nak boikot mc'd..cuma untuk pengetahuan umum sahaja..korang cuba tgk apa yang terjadi kepada kentang goreng mc'd tu???dah 10 minggu masih x berlaku apa-apa perubahan kan..kalau kentang biasa yang kita goreng kat rumah baru 2 hari pon dah naik kulat dan mula rosak kan..x tau la mc'd ni pakai bahan apa untuk buat kentang dia boleh tahan lama cam tu..bayangkan kalau kita makan dan kentang tu duduk dalam perut kita???beleh ke perut kita hadam???/korang pikir-pikirkan lah ye...komen la ye

Tuesday, February 8, 2011

Kereta Singapore.... Jangan Beli

Gambar pinjam dari En.google
Salam semua pembaca blog mamapapa84 sekelian..terima kasih kerana anda masih setia untuk terus support aku untuk meneruskan entry di blog aku ni..aku akan cuba sediakan entry entry yang berguna ubtuk korang semua k...

orait untuk entry harini aku nak kongsikan dengan korang semua tentang satu fenomena yang sememangnya sering berlaku sekarang ni..ramai orang malaysia sekarang ni suka beli kereta dari singapore..kenapa aku x kasi korang beli kereta dari singapore ni???
Ni sebab kenapa x boleh..kalo korang nak beli x salah pon cuma kereta dari singapore ni ada tarikh tamat tempoh dia.kalau kat sana depa guna 5 tahun je keta ni,pastu depa akan lupuskan..tapi ada jugak kereta yang dah tamat tempoh ni x dilupuskan tetapi dijual secara haram di malaysia dan digunakan disini..

Kereta ni kalo digunakan kat malaysia satu sen pon x payah bayar cukai..so seronok la sapa yang pakai kereta ni kan...hhaaha tetapi korang jangan silap pulak sebab ada pihak yang bertanggungjawab tuk cari dan tangkap pemilik serta kereta ni..korang tau x sapa??? Kastam la yang akan buat kerja tuk mencari dan menangkap mereka-mereka ni semua..

korang tau x kalo kena tangkap ngan pihak kastam ni dia punya denda amatlah tinggi tau..kalo dulu kena kompaun je RM5000 dan kereta kena sita..tapi sekarang ni kalo dapat tangkap,korang akan didakwa dimahkamah..denda dia pulak adalah 10 kali nilai kereta atau motosikal tu..amacam tinggi x??? kalau nilau kereta tu RM10000 kena denda dah jadi RM100000 tau...

so aku nasihatkan korang xpayah la nak pakai kereta mewah dari singapore ni..beli je kat malaysia..loan pon dah senang skrang kan..lagi satu aku nak bg tau ngan korang,kalo korang ada maklumat tentang sesapa yang pakai kereta dari singapore ni korang boleh la salurkan maklumat tersebut kepada pihak kastam dan korang akan diberikan reward tau...lumayan

Monday, February 7, 2011

Bila Anak Baca Paper


Entry ni saja aku nak kongsikan ngan korang semua kisah anak aku ni...anak aku ni memang suka sangat la kacau aku bila aku pegang je paper nak baca..dia pon nula la nak baca jugak..dia x kisah pon paper apa yang aku baca,janji dia dapat baca sama..

Tgk la tu bukannya dia baca pon..hahahaitu la yang dia tau buat..habis paper tu dia kerjakan.tapi aku x kisah pon..janji dia ada minat nak membaca..itu yang penting kan...

apa yang dia tgk tu pon aku taktau la..dah la tuk entry ni..nanti aku updatekan yang lebih best k...eheheh

Saturday, February 5, 2011

Kotak Rokok Boleh Buat Duit..memang betul

ni la kotak rokoknya
Orait semua pembaca setia sekalian..pagi ni aku nak kongsikan ngan korang semua sesuatu yang rasanya ramai orang masih belum tau lagi..bagi para perokok tegar tu memang berita gembira la ni..untuk pengetauhuan korang semua,kotak rokok yang aku maksudkan bolah buat duit tu adalah kotak rokak jeenama DUNHILL saja tau..jenama lain xdak benda ni tau...tau x benda apa?? jengg jengg jengggg...ni dia..
bahagian dalam kotak
Tau x bahagian mana ni?? yang kat dalam kotak tu..ala yang boleh bukak tutup n ada gam tu...aku pon x tau apa nama benda ni..tapi memang boleh dijual semula kepada pihak dunhill dengan harga RM1.00 untuk sekeping..wauuu mahal tu..betul ke ni?? kalo korang x percaya pon x pe..kalo kat Melaka aku tau la kat mana nak jualkan..tapi kena kumpul dulu la bg jumlah dia byk sket.dalam 100 keping br la blh jual.. kepada para perokok tegar yang memang hisap rokok jenama dunhill ni memang untung la..mana x nya ibaratkan korang beli sepuluh kotak rokok dapat free 1 kotak...best kancam ni...tapi aku x merokok dah...heheeh

Friday, February 4, 2011

Mainan Baru Anak..Nenek Kasi

Salam..harini aku seronok tgk anak aku tu dapat mainan baru hadiah dari nenek dia..bukan main suka lg dia..main x ingat la..pukul 2 pg pon xnak tdo lg nak main je ngan bas baru dia tu..korang tgk la sendiri kat dalam gambar tu anak aku bersama bas baru dia..bas yang warna hijau tu bas baru..yang warna unggu tu yang lama..dari tahunlepas lagi bas tu dia main sampai dah pecah.. Yang gambar kat atas ni lah 2 buah bas yang dia ada..inilah mainan yang dia paling suka main berbanding yang lain..

Thursday, February 3, 2011

Tingkatkan Traffic Blog Anda..Jom Cuba

salam semua...mesti dah x sabar nak tau macam mana nak bg up sesak traffic kat blog kita kan...ok entry ni aku nak kongsi satu teknik yang aku jumpa kat dalam salah sorang blogger cam kita gak..boleh percaya ke x tu aku xtau nak cakap la kan...tapi yang penting kita boleh cuba la..Tp sebelum tu aku nak bg tau dulu teknik Blog Walking yang kita amalkan tuk tingkatkan traffic blog kita memang mujarab..itu mesti diteruskan.. ok ni aku bg cara-cara nak buat siap screenshot lg..ikut langkah-langkah kat bawah ni.. 1 - sila klik sini 2 - bila dah ke web tu, scroll kebawah hingga jumpa kotak seperti gambar dbawah ini 3 - pastu korang klik link yang kat dalam kotak tu (tulisan merah)satu persatu sampai habis keenam-enam link..tapi klik satu persatu tunggu sampai keluar laman baru untuk dapatkan kod..macamkat bawah ni.. 4 - Korang copy kod yang ada kat situ dan paste kat kotak yang ada kat bawah macam gambar ni..copy n paste kesemua 6 kod.. 5 -Dah selesai copy n paste semua 6 kod tu korang isi pulak detail korang kat ruangan seperti di bawah ni.. 6 - Dah siap isi detail korang tekan 'submit' pastu korang tgu dia hantar email confirmation kat korang...dah setel.. selamat mencuba...

Happy CNY to all

Selamat tengahari semua pembaca setia blog ni...tengahari ni aku nak citer sket ngan korang semua pasal Tahun Baru Cina a.k.a CNY hahaha...okey...apa yang korang semua perasan bila munculnya CNY ni??? haaa mesti dah dok terbayang angpau kannn....itu semestinya la ada...bagi kaum cina yang dah berkahwin mesti kena bagi angpau kepada yang belum kahwin..untung la sapa yang belum kawen tu kan...(ada rugi gak x kawen)..apa yang best selain dapat angpau adalah dapat makan buah limau manderin freeeee..memang x terkira la berapa banyak yang kita dapat buah limau ni...kadang-kadang sampai sakit perut makan buah limau ni kan...buah limau manderin ni adalah benda yang wajib ada bila time CNY... Tiap-tiap tahun aku mesti dapat berkotak-kotak buah limau manderin ni...siap boleh bg kat jiran-jiran lg sebab banyak sangat..kalau makan byk sangat boleh menyebabkan batuk plak...so kepada semua blogger yang berbabgsa cina dan seluruh rakyat Malaysia, selamat menyambut tahun baru cina...Gong Xi Fa Chai

Wednesday, February 2, 2011

Shopping free RM200 dari Petronas

Selamat pagi semua... pg ni aku nak kongsikan kegembiraan aku dengan semua pembaca setia...semalam balik dari kerja naik motor, dah sampai rumah aku pon siap la nak p hantar wife aku p kerja pulak. so aku start enjin keta.Tgk meter minyak dah menyala lampu oren dah.. Aku pon p la stesen petronas yang dekat dengan rumah aku tu.KataAyer Keroh Melaka je pon..Mula Tu aku x perasan ada event kat stesen petronas tu..Tgk len macam cje bila sampai..macam pesta pon ada gak..hahhaBila sampai je terus orang - orang kat witu sambut kedatangan aku,wife n anak aku...kenapa ni bang???aku tanya...dia kata 'tahniah anda telah memenangi RM200 shopping sprint kat kedai mesra petronas... Mak oiii..terkejut aku..teruja pon ada..maklumlah dapat shopping free...sebab aku menang adah kerana kat cermin belakang keta aku tu ada pelekat Get Spot @ Petronas...Bertuahnya aku ...macam-macam aku amik kat kedai mesra tu.. So korang jangan berlenggah lg tau..tampal la pelekat Get Spot @ Petronas tu hari ni gak..dia akan buat setiap 2 minggu sekali...

Tuesday, February 1, 2011

Sarapan Pagi Rakyat Malaysia

Roti Canai
selamat pg semua...ok pg ni saya nak cerita sket dgn korang semua tengtang bab sarapan pagi ni..pening jugak kalau dipikirkan kan bab makan ni...tapi memang syok kalau dapat makan yang sedap-sedap dan mahal kan...lagi pulak dapat makan free....wooouu ana memang suka hahah..
Nasi Lemak
semua orang memang suka makan betul x??? memang betul pon x de salah la...tapi makanan yang macam mana??? makan byk pon boleh mati ooo..ok,ok saya nak tanya para pembaca semua suka makan apa sebagai sarapan??mesti macam-macam jawapan yang akan muncul dari mulut korang kan...roti canai? nasik lemak?soto ayam?longtong?mee goreng? macam-macam la jawapan korang kan...memang x tertulis la kalo nak sebut satu-satu... kalo saya pulak sarapan pg ni hanya sekadar alas perut je sebelum makan tengahari..kalo saya makan byk sangat time pagi ni nanti malas nak buat kerja...ngantuk pon mula la datang dok kacau..perut kenyang la kan...so bagi saya sarapan pg ni memang perlu sebab kita perlukan tenaga tuk buat kerja.. tapi jangan pulak makan berlebihan tau nanti penyakit yang datang mengjenguk kita.. oleh itu kita makan je tuk alas perut,x perlu makan berat sangat...apa-apa hal pon sarapan pagi rakyat malaysia lah yang paling best kat dunia...macam-macam ada
Custom Search

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Jom Tukar Link

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!