Wednesday, August 17, 2011

setelah 2 hari melapor diri di JKKP kelantan

Setelah melalui hari-hari yang begitu mendebarkan sebelum tiba di negeri cik siti wan kembang ni, maka dengan rasminya aku telah bergelar sebagai seorang pegawai JKKP. maka dengan ini tamatlah sudah tugas aku sebagai pegawai kastam. semua harta milik kastam aku dah serah tau.

Hari pertama kat jabatan baru ni biasa la selepas je masuk opis sebelum pukul 8pg tu aku pon duduk la kejap kat ruangan menunggu kat opis JKKP tu.. maka sampai lagi 3 orang untuk melapor diri bersama aku pada hari tersebut. ada jugak la kawan yang sama-sama masuk ngan aku ye..total pagi tu 4 orang. 3 lelaki 1 pompuan. sepatutnya 5 orang, tapi yang sorang lg call mintak tangguh sebab dia sedang berpantang.

setelah mengadap pengarah pada pg tu kami semua pon di bawa untuk berkenalan dengan semua staff kat situ..ramah-ramah belaka.tempat duduk belum ada lagi ni sebab nak pindah ke pejabat baru tak lama lagi. so buat masa ni duduk kat bilik mesyuarat la dulu.

Antara tugas-tugas yang akan dilaksanakan adalah pemeriksaan jentera yang terdapat di kilang, lombong, tapak binaan, ladang, pembalakkan, perikanan, IKS, penguatkuasaan , siasatan dan pendakwaan.

Kami semua akan diberi latihan selama 3 bulan sebelum dibawa untuk menjalankan tugas-tugas di atas tu.sibuk la jugak tugas penolong pemeriksa kilang dan jentera ni. mencabar tau. aku memang suka.
Custom Search

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Jom Tukar Link

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!