Tuesday, May 10, 2011

Agro xplorasi episod 9




Profil Usahawan
Tuan Haji Nasuha Bin Kasian
Nasuha Herbs & Spices
Muar, Johor
Bidang: Ladang Herba & Rempah Ratus / Agro Pelancongan
Siapa sangka Johor mempunyai ladang rempah ratus dan herba terbesar di Asia! Ladang berkeluasan lebih 3,200 ekar yang terletak di Jalan Muar-Pagoh ini bukan saja dipenuhi tanaman pokok rempah dan herba, malah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti makmal, kilang bertaraf GMP, kabin penginapan, spa, dorm, galeri herba, restoran dan pelbagai kemudahan untuk aktiviti lasak.
Pengusaha yang juga merupakan seorang bekas akauntan telah mengembara ke serata dunia untuk mendapatkan baka pokok-pokok herba terbaik untuk diklon (untuk disesuaikan dengan keadaan cuaca negara ini) dan ditanam di ladang beliau, antaranya seperti Eucalyptus Citriodera, Allspice, Gora, Serico dan banyak lagi yang kini berjumlah lebih daripada 135 jenis herba.
Menerusi minat dan pengalaman selama 38 tahun mengkaji herba melalui pendekatan yang kreatif, moden serta inovatif, beliau telah berjaya menghasilkan dan memasarkan pelbagai produk kesihatan berkualiti berasaskan herba jenama CT Herbs Spices sehingga ke pasaran antarabangsa dan rempah ratus masakan jenama Mak Siti yang popular di pasaran tempatan.  Tidak berhenti setakat itu sahaja, beliau kini berusaha untuk menambah nilai pulangan hasil perniagaan yang tinggi dengan melebarkan sayap perniagaannya ke bidang agro-pelancongan pula.
Ladang Rempah Ratus Nasuha ini telah mendapat pengiktirafan dengan meraih Pingat Emas dalam penyelidikan kanser peringkat antarabangsa, menerima pensijilan Skim Organik Malaysia (SOM) dan juga pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.  Pengusaha kini sedang menuju matlamatnya untuk menjalinkan kerjasama dengan univeristi-universiti tempatan terpilih untuk menjadikan ladang herba ini hab penyelidikan kepada para penuntut PhD.
Custom Search

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Jom Tukar Link

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!