Saturday, April 30, 2011

EYE ON MALAYSIA MELAKA TINGGAL SEJARAH

Dah lama kita tak dengar cerita tentang eye on malaysia atau pon roda ferris yang besar kat melaka tu kan..ok kat sini aku cuma nak kongsi ngan korang semua gambar eye on malaysia yang dah lama tak kelihatan tu.




Wednesday, April 27, 2011

asyik kena je

aku pon x tau la apa masalah sekarang ni yang menyebabkan aku kusut..hahahahaha ha tgk kan dah sewel dah,,, ok ok aku jd ok balik.. ni bukan apa..penangan cicak tokek la ni..dok deal x penah berjaya pon lagi..

kejap owner kencing....kejap buyer kencing...x tau la bila la yang nak berjaya jual..harap-harap ada la rezeki lepas ni...amin

Saturday, April 23, 2011

ada yang nak jual tokek tak??

cicak oh cicak...kenapa engkau mahal sangat???
macam mana aku tak mahal WHO nak beli aku..

ok ok ok...korang mesti banyak dah dengar pasal cicak tokek ni kan..macam-macam yang orang perkatakan tentang binatang ni..ada yang baik dan mesti ada yang buruk la kan..apa-apa pon harga cicak ni sejak akhir-akhir ni memang sangat tinggi..

untuk yang berat 320g dengan panjang 17 inci harga dia boleh mencecah ratusan ribu ringgit kalau WHO yang beli...tapi kena ikut syarat buyer la kan..biasanya buyer akan minta bukti yang menunjukkan cicak tokek ni wujud dengan meminta owner menyediakan gambar yang tertulis pada sekeping kertas A4 Tarikh terkini,Masa,Berat, dan Panjang dalam inci.

Kalau owner berjaya menyediakan bukti gambar dengan detail tadi maka pihak buyer akan bersetuju untuk berurasan dengan owner tokek tersebut.

Untuk tokek yang berat 410g ke atas pulak panjang mesti tak kurang dari 22 inci..harga untuk berat 410g ni bermula dengan RM6 Juta dan ke atas.. syarat sama jugak dengan 320g...cuma kalau nak ambil gambar kena minta kod dr buyer dulu.

kalau sesiapa yang ada cicak ni nak jual atau tau sapa2 yang ada cicak ni dan nak jual boleh la contact aku..aku boleh tolong deal kan.

Sunday, April 17, 2011

CIRI-CIRI KESELAMATAN WANG KERTAS DINAR IRAQ

  1. Horse head watermark, Langkah mudah untuk mengetahui keaslian dinar adalah, pegang lalu arahkan dinar pada tempat yang terang. Periksa bahawa gambar kepala kuda atau Horse Head Watermark harus jelas nampak, karana pattern itu ditanam dan bukan dicetak di atas kertas.
  2. Color Changing Symbol, disebelah bawah  kiri, 8 bahagian simbolnya haruslah mempunyai warna yang boleh berubah-ubah dari ungu ke hijau jika dilihat dari sisi yang lain.
  3. Ultraviolet writing, Untuk mengetahui tulisan ultraviolet Dinar Iraq ini, haruslah menggunakan sinar ultraviolet . Arahkan sinar UVA ke huruf-huruf yang samar pada Dinar Iraq tersebut, lalu periksa apakah pada bahagian dalam kotak UV tulisan nampak jelas dari bahagian belakang).
  4. Metallic Ink (Khusus dinar 25.000), Gambar merpati pada dinar tersebut dicetak dengan warna tinta metalic, iaitu tepatnya di atas kiri  bahagian belakang.
  5. Security Thread (Khusus dinar 25.000), disitu haruslah ada benang pengaman berwarna metalic yang tertanam di dalam bahan kertasnya.
  6. Unique Serial Number, setiap mata wang dinar ditandai dengan tulisan unik angka-angka Arab Timur. Perhatikan pengangkaanya ke dalam pengangkaan umum di bawah ini, dimana angka 2 dan 3 nya mirip dengan pengangkaan umum.

Saturday, April 16, 2011

Agro xplorasi episod 4

sesuatu yang berguna terdapat dalam video ini...sila tonton sehingga habis

Friday, April 15, 2011

CIRI-CIRI KESELAMATAN WANG KERTAS MALAYSIA

PENGENALAN
Kadangkala wang kertas boleh bertukar rupa menjadi lusuh, cacat atau rosak sehingga menimbulkan masalah pula tentang apa yang harus dilakukan ke atasnya. Wang kertas Malaysia kini mengandungi beberapa ciri-ciri keselamatan yang terbaru. Pengetahuan mengenai perkara ini begitu penting dan berguna supaya anda tahu apa yang perlu diperhatikan jika terjumpa atau menerima wang kertas yang agak meragukan.

Halaman ini bertujuan membantu anda membezakan antara wang kertas tulen dan wang palsu, serta tindakan yang perlu diambil apabila menerima atau menjumpainya.

WANG YANG SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI
Hanya wang kertas dan duit syiling yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sahaja yang sah diperlakukan dengan nilai (iaitu, sah untuk digunakan di Malaysia). Wang kertas dan duit syiling tidak boleh diconteng atau dirosakkan permukaannya untuk sah diperlakukan dengan nilai. Bagi duit syiling, jumlah yang boleh digunakan untuk membuat pembayaran adalah terhad. (Jadual di bawah menunjukkan had yang boleh diperlakukan untuk membuat pembayaran dengan menggunakan duit syiling). Walau bagaimanapun, tiada had dikenakan bagi pembayaran dengan menggunakan wang kertas.

PENYALINAN ATAU PENGELUARAN SEMULA MATA WANG MALAYSIA
Anda tidak dibenarkan untuk menyalin atau mengeluarkan semula mata wang Malaysia. Adalah juga menjadi kesalahan menggunakan gambar foto, lukisan atau reka bentuk sebarang wang kertas atau duit syiling atau sebahagian wang kertas atau duit syiling walau apa saiz, skala atau warna sekalipun pada iklan atau barangan atau produk yang dikilang, dijual dan diedarkan atau diagihkan kecuali dengan kebenaran BNM. Anda mungkin didenda sehingga RM5,000 jika menyalin atau mengeluarkan semula mata wang Malaysia tanpa kebenaran BNM.

WANG KERTAS & DUIT SYILING DI EDARAN
Semenjak tahun 1967, BNM telah mengeluarkan tiga siri wang kertas dan dua siri duit syiling untuk edaran. Siri yang diedarkan masa kini ialah siri ketiga yang bertemakan "WAWASAN 2020" yang mencerminkan pembangunan ekonomi Malaysia. Siri ini mengandungi 6 denominasi kesemuanya, iaitu, RM1, RM2, RM5, RM10, RM50 dan RM100. Siri tersebut menerapkan beberapa ciri-ciri keselamatan yang baru sebagai tambahan kepada ciri-ciri keselamatan yang sedia ada untuk membendung kegiatan yang berkaitan dengan wang palsu.

Duit syiling Malaysia yang berada di edaran merangkumi duit 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan RM1. Pelbagai alat dan perkakas yang digunakan dalam permainan kebudayaan tradisional kini dipaparkan pada permukaan di mana tiada terdapat nilai muka duit syiling.

CIRI-CIRI KESELAMATAN DUIT SYILING
Ciri-ciri keselamatan yang diterapkan pada duit syiling ialah terdapatnya ukiran timbul pada reka bentuk, kelilingnya yang bergerigi dengan nombor dan karektor pada muka hadapan dan belakang. Jika duit syiling dijatuhkan pada permukaan yang keras, maka bunyi berdering akan kedengaran. Anda juga boleh memeriksa warna duit syiling tersebut untuk memastikan warnanya sama dan serata.


CIRI-CIRI KESELAMATAN WANG KERTAS MALAYSIA
Untuk membantu anda mengenal pasti ketulenan wang kertas, ciri-ciri keselamatan utama wang kertas Malaysia (siri ketiga) adalah seperti berikut:

Kertas
Wang kertas Malaysia dihasilkan daripada kertas yang bermutu tinggi yang diperbuat daripada kapas. Apabila disentuh, wang kertas terasa kesat sedikit dan apabila diramas hasilnya ialah bunyi kerangupan yang unik.

Potret Yang di-Pertuan Agong
Potret Yang di-Pertuan Agong Pertama yang terdapat di sebelah kanan wang kertas adalah satu ciri pencegah pemalsuan yang sukar untuk disalin atau dikeluarkan semula.

Potret Tanda Bayang [1]
Imej samar-samar Potret Yang di-Pertuan Agong Pertama boleh dilihat pada petak kosong di sebelah kiri wang kertas, sekiranya ditatap pada cahaya. Imej daripada cahaya ini bercorak 3 dimensi dengan alunan warna gelap dan terang yang berbeza-beza dalam keadaan lembut dan berbayang, tanpa garisan luar yang nyata. Di bahagian bawah potret tanda bayang ini terdapat angka berkaitan. Sebagai contoh, angka 50 dipaparkan untuk denominasi RM50.
Benang Keselamatan [2]
Benang keselamatan ini ditenun di permukaan sebelah belakang wang kertas. Apabila dilihat pada cahaya, benang ini kelihatan seperti satu garisan lurus yang kehitaman dengan huruf dan nombor yang berkaitan dicetak berulang kali. Sebagai contoh, "BNM RM50" dicetak berulang kali pada wang kertas denominasi RM50.
Ciri-ciri LEAD [3]
Di sebelah kanan wang kertas denominasi RM50 dan RM100, terdapat jalur hologram yang berkilau. Jalur hologram ini mengandungi 3 perkara, iaitu:
  1. Imej yang sama dengan yang terdapat di sebelah kanan potret Yang di-Pertuan Agong Pertama.
  2. Imej yang menunjukkan angka denominasi (contoh RM50)
  3. Imej huruf-huruf "BNM"

Ciri-ciri PEAK [4]
Ciri-ciri PEAK ini terdapat di bahagian tengah wang kertas. Apabila dilihat dari sudut yang berlainan pula, angka denominasi boleh dilihat di pertengahan kotak. Sebagai contohnya, angka 50 dicetak untuk wang kertas denominasi RM50.
Tanda Pandang Telus [5]
Bunga raya di bahagian atas dan bawah wang kertas adalah serupa di kedua-dua belah permukaan (depan dan belakang) wang kertas.
Cetakan Intaglio [6]
Potret Yang di-Pertuan Agong Pertama, nombor denominasi corak dan perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA' adalah dicetak dengan beberapa lapisan dakwat halus untuk menghasilkan kesan timbul.


CIRI-CIRI KESELAMATAN DUIT SYILING
Ciri-ciri keselamatan yang diterapkan pada duit syiling ialah terdapatnya ukiran timbul pada reka bentuk, kelilingnya yang bergerigi dengan nombor dan karektor pada muka hadapan dan belakang. Jika duit syiling dijatuhkan pada permukaan yang keras, maka bunyi berdering akan kedengaran. Anda juga boleh memeriksa warna duit syiling tersebut untuk memastikan warnanya sama dan serata.

WANG KERTAS LUSUH
Setelah agak lama di edaran, wang kertas boleh bertukar menjadi lusuh. Anda boleh menukar atau mendepositkan wang kertas lusuh di mana-mana cawangan bank perdagangan. Adalah tidak wajar wang kertas lusuh diedarkan semula memandangkan ia tidak begitu sesuai lagi untuk digunakan kerana ciri-ciri keselamatannya sudah tidak berkesan lagi seperti mana yang terdapat pada wang kertas bersih. Di samping itu, keupayaan orang ramai mengenal pasti wang kertas yang tulen akan terjejas. Anda boleh memainkan peranan untuk memastikan wang kertas sempurna dan bersih sahaja berada di edaran dengan menukarkan wang kertas lusuh dengan wang kertas sempurna. Keadaan wang kertas yang sempurna dan bersih ini sebenarnya mencerminkan imej negara kita.

WANG KERTAS YANG TERCONTENG
Anda adalah dinasihatkan agar tidak menconteng permukaan wang kertas dengan apa-apa perkataan, tanda, simbol, lukisan atau mesej yang tidak enak dibaca. Anda juga dinasihatkan agar tidak menebuk lubang pada duit syiling. Jika anda berbuat demikian, tiada nilai yang dapat diberikan ke atas wang kertas atau duit syiling tersebut apabila ditukar di bank perdagangan atau cawangan BNM.

WANG KERTAS CACAT
Jika anda memiliki wang kertas cacat dan telah rosak, anda boleh menukarkannya dengan wang kertas baru di mana-mana cawangan BNM. Wang kertas yang mengalami kecacatan atau kerosakan yang teruk akan menjalani pemeriksaan yang rapi sebelum nilainya dapat diberi. Faktor utama yang menyebabkan wang rosak ialah apabila terbakar atau terkena air, bahan kimia dan bahan letupan. Selain daripada itu, kerosakan boleh berlaku akibat haiwan dan serangga atau dalam keadaan tertanam atau terurai. Keputusan untuk memberi nilai adalah tertakluk kepada budi bicara BNM.

MATA WANG PALSU:
APA TINDAKAN ANDA?
  • Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil jika anda mengesyaki seseorang telah memberi wang palsu Malaysia kepada anda:
  • Cuba lengahkan pemergian orang yang memberi wang palsu tersebut serta camkan orangnya dan temannya, jika ada, di samping nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan.
  • Jangan menconteng, memotong atau mengedar semula wang palsu tersebut.
  • Jika perlu menyentuh wang tersebut, pastikan sentuhan adalah yang paling minimum (anda boleh memasukkannya ke dalam sampul surat atau beg plastik). Catatkan butir-butir yang agak penting, seperti bagaimana anda mendapat wang tersebut, daripada siapa, di mana dan bila anda memperolehinya.
  • Bawalah wang palsu tersebut ke balai polis yang berhampiran dan serahkanlah ia kepada pihak polis sebaik sahaja laporan polis telah dibuat

Monday, April 11, 2011

Agro xplorasi episod 3

harini korang layan la tengok citer agro xplorasi episod 3 ni ye...aku sibok sket hari ni...ada mesyuarat ni....

Sunday, April 10, 2011

kerja,kerje,korje

apa la yang aku merepek ni haahh??? bukannya apa pon..cuma nak bg tau kat korang semua yang aku ni kena kerja walaupun pada hari ahad..hermmm orang lain sedap dok kat rumah layan anak isteri...tapi aku kena kerja..

nak p jalan-jalan pon memang tak ada masa dah la ni kan bila dah kena kerja macam ni..tapi tak mengapa la kan sebab aku mencari rezeki untuk keluarga aku jugak kan..kalo tak kerja mana ada orang nak bagi duit free kat kita kan...

Friday, April 8, 2011

Agro xplorasi episod 2

video ni aku akan upload setiap minggu ye..bukan apa pon saja nak kongsi ilmu ngan korang semua...lagi pon aku memang tiap tiap minggu aku tgk rancangan ni..nak tau kenapa??haha sebab aku masuk peraduan yang dia anjur la..hadiah lumayan la jugak..jom tgk

Thursday, April 7, 2011

Harap-harap menjadi lah

hermm ....apa yang aku harapkan ni???? hahaha...ok ok ni aku nak kongsi ngan korang jugak la kan..mesti korang pon ramai yang dah penah dengar tentang binatang tokek gecko yang memang sangat terkenal sekarang ni kan...

apa yang aku harap jadi tuuu??? apa dia??haa betul la tu..ada deal nak urusan jual beli tokek gecko ni..so aku harap urusan ni berjaya la kan..kalau berjaya dapat la kot sedikit habuan yang tak seberapa untuk aku kan..hehehe

Wednesday, April 6, 2011

urusan yang gagal

penat aku seharian semalam dok deal tokek x tapi x jadi..kecewa sangat la sebab broker-broker yang bodoh punya pasal la urusan jual beli tak jadi..

semua cakap ada buyer yang boleh kuar cash..tapi tiap kali yang sampai masih broker jugak...sampai kesudah x jaul jugak tokek tu...

Monday, April 4, 2011

aku bercuti

hari ni isnin..tapi aku pulak cuti dok kat rumah je layan anak bini aku...untung jugak aku curi harini kan..bukan apa kalau nak pergi shopping pada hari ni la yang terbaik kan..sebab orang lain semua sibuk bekerja,jadi shopping center tu tak la sesak sangat kan...

dah tak ada keja nak buat ni sku pon mengadap la laptop ni dan merajinkan diri untuk mengupdate blog kesayangan aku ni...hahahha

Sunday, April 3, 2011

tokek oh tokek

haii...sejak akhir-akhir ni memang harga tokek ni semakin melambung tinggi kan..memang x ingat la dia punya harga..buyer tawarkan harga yang kalau difikirkan memang tak masuk akal..kenapa aku cakap camtu??sebab harga dia bukan setakat ribuan ringgit malah dah cecah jutaan malah kalau tokek yang berat 1kg tu dah RM1B tau harga dia..

Terpulang la kepada korang nak percaya atau tidak tengtang fakta atau auta yang aku bg tau korang ni kan..aku tulis je..kalo ada tokek aku pon ada buyer yang memang nak beli cash lagi tau..tapi untuk harga local la..berat bawah 400g local buyer ada sedia untuk membeli..

kalau berat 400g ke atas international buyer akan beli dengan harga yang sangat tinggi...

Saturday, April 2, 2011

Agro-Xplorasi : Episod 1

harini aku nak kongsi ngan korang semua video agro-xplorasi episod 1 ni k..bukan apa pon aku cuma nak kongsi ngan korang tentang teknologi yang ada kat negara kita ni je pon..

lagi pon kalo korang mengikuti rangcangan ni setiap hari sabtu jam 7.30mlm ada jugak la peluang korang untuk memenangi hadiah lumayan..ok korang layan la k..
Custom Search

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Jom Tukar Link

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!